backup og meta

Demensia Vaskular: Kemerosotan Kemahiran Berfikir Akibat Gangguan Bekalan Darah ke Otak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Demensia Vaskular: Kemerosotan Kemahiran Berfikir Akibat Gangguan Bekalan Darah ke Otak

    Apa itu demensia vaskular?

    Demensia vaskular adalah istilah umum yang menggambarkan masalah dengan taakulan (perihal menaakulkan sesuatu hal berasaskan kepada sebab-sebab atau alasan yang ada), perancangan, penghakiman, memori dan proses pemikiran yang lain yang disebabkan oleh kerosakan otak akibat gangguan darah ke otak.

    Seseorang boleh mengembangkan demensia vaskular selepas strok menyekat arteri di otak, tetapi strok tidak selalu menyebabkan demensia vaskular.

    Simptom

    Simptom demensia vaskular berbeza-beza, bergantung kepada bahagian otak anda di mana aliran darah terjejas. Simptom sering kali bertindih dengan jenis demensia yang lain, terutamanya demensia penyakit Alzheimer.

    Antara simptom demensia vaskular termasuk:

  • Kelambatan pemikiran
  • Kesukaran dengan perancangan dan pemahaman
  • Masalah dengan tumpuan
  • Perubahan mood, keperibadian atau tingkah laku
  • Berasa bingung dan keliru
  • Kesukaran berjalan dan mengekalkan keseimbangan
  • Simptom penyakit Alzheimer, seperti masalah ingatan dan bahasa (ramai orang dengan demensia vaskular juga mempunyai Alzheimer)
  • Masalah-masalah ini boleh menyebabkan aktiviti harian menjadi semakin sukar dan seseorang dengan keadaan akhirnya mungkin tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.

    Faktor risiko

    • Peningkatan umur. (jarang berlaku pada umur 65 tahun ke bawah dan risiko meningkat dengan ketara pada umur 90-an)
    • Sejarah serangan jantung, strok dan strok mini.
    • Penuaan saluran darah tidak normal (aterosklerosis).
    • Kolesterol tinggi.
    • Tekanan darah tinggi.
    • Diabetes.
    • Merokok.
    • Obesiti.
    • Fibrilasi atrium.

    Diagnosis

    Beberapa ujian dapat membantu menilai memori, penghakiman, komunikasi dan keupayaan kognitif umum seseorang. Bersama dengan ujian tersebut, MRI selalunya dapat mengenal pasti kawasan tertentu di dalam otak di mana strok atau serangan iskemia sementara menjejaskan otak pesakit.

    Rawatan

    Buat masa sekarang, tiada ubat untuk demensia vaskular dan tidak ada cara untuk membalikkan sebarang kehilangan sel-sel otak yang berlaku sebelum keadaan didiagnosis. Tetapi rawatan kadang-kadang dapat membantu memperlahankan demensia vaskular.

    Rawatan bertujuan untuk mengatasi penyebab utama, yang boleh mengurangkan kelajuan di mana sel-sel otak hilang. Ini selalunya melibatkan:

    • Pemakanan yang sihat
    • Kehilangan berat badan jika anda berlebihan berat badan
    • Berhenti merokok
  • Kekal cergas
  • Mengelakkan alkohol
  • Mengambil ubat, seperti ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kolesterol yang lebih rendah atau mencegah penggumpalan darah
  • Rawatan lain termasuk fisioterapi, terapi pekerjaan, aktiviti demensia (seperti memory cafes) dan terapi psikologi dapat membantu mengurangkan kesan sebarang masalah yang ada.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan