Tahukah anda apa itu demam reumatik? Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah kondisi kesihatan yang berkaitan dengan organ jantung. Jom baca artikel ini lebih lanjut untuk tahu tentangnya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda apa itu demam reumatik? Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah kondisi kesihatan yang berkaitan dengan organ jantung. Jom baca artikel ini lebih lanjut untuk tahu tentangnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.
Apabila sudah demam panas 2 hari atau lebih, seorang individu yang disyaki menghidap demam reumatik perlu melalui beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu.
Diagnosis dibuat berdasarkan beberapa kriteria khas yang disebut sebagai modified Jones Criteria. Kriteria ini dibahagikan kepada 2 iaitu major dan minor.
Diagnosis apa itu demam reumatik dibuat apabila jangkitan baru oleh streptococcus kumpulan A disahkan ditambah dengan salah satu dari berikut:
Pengesahan jangkitan streptococcus kumpulan A dibuat melalui kultur dari bahagian tekak.
Sampel mukus di dalam tekak akan diambil untuk dianalisa di makmal. Kebiasannya, proses kultur mengambil masa 24 jam sebelum keputusan diperoleh.
Selain itu, pemeriksaan fizikal seperti bunyi jantung, sendi, dan kulit serta ujian darah tertentu akan dijalankan untuk mengesan kriteria major dan minor seperti disebutkan di atas.
Doktor akan meminta pesakit untuk berehat dan mempreskrip antibiotik penicillin, amoxicillin atau jenis lain seperti azithromycin, cephalosporin, clarithromycin, dan clindamycin.
Ubat ini bertujuan menghentikan jangkitan serta membunuh bakteria. Antibiotik mungkin dipreskrip dalam jangka masa panjang untuk mengelakkan jangkitan semula berlaku.
Selain itu, ubatan lain mungkin diberikan untuk mengawal simptom lain termasuk demam, sakit sendi dan chorea dan antara ubat yang biasa digunakan ialah aspirin, ibuprofen atau naproxen.
Jika seseorang mengalami komplikasi jantung (radang injap jantung), antibiotik perlu diambil sebelum melakukan prosedur tertentu, seperti mencabut gigi yang boleh menyebabkan bakteria masuk ke dalam darah, untuk mengelakkan radang berlaku semula ke atas injap jantung.
Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk membaiki injap yang rosak bagi mengelakkan kegagalan organ jantung.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen