backup og meta

Demam Reumatik: Apa yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    Demam Reumatik: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Demam reumatik ialah penyakit yang jarang berlaku tetapi mempunyai risiko komplikasi yang tinggi dan boleh mengancam nyawa.

    Secara mudahnya, penyakit ini disebabkan oleh sistem imun badan yang menyerang tisu tertentu dalam badan dan ia bermula dengan jangkitan bakteria bernama streptococcus kumpulan A. Bakteria ini menyebabkan jangkitan pada tekak. Ia mengandungi protein hampir sama dengan tisu tertentu dalam badan. Jika tidak dirawat dengan antibiotik, antibodi yang dihasilkan oleh badan untuk melawan bakteria tersebut akan turut menyerang bahagian badan lain (kerana mempunyai protein yang sama) termasuk jantung, otak, sendi, dan kulit.

    Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami jangkitan streptococcus kumpulan A akan menghidap demam reumatik. Terdapat peratusan kecil individu yang lebih cenderung untuk menghidapnya. Pakar mendakwa bahawa ada faktor lain yang menambahkan risiko tersebut seperti sistem imun lemah. Kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun ialah kumpulan yang paling kerap terjejas.

    Simptom demam reumatik

    Simptom kebiasaannya bermula 2 hingga 4 minggu selepas jangkitan tekak. Ia disebabkan oleh radang yang berlaku pada sendi, kulit, jantung, dan otak. Antaranya termasuk:

  • Demam.
  • Sakit sendi dan bengkak – kebiasaannya lutut, buku lali, bahu, siku, dan pergelangan tangan.
  • Sakit sendi berpindah dari satu sendi ke sendi yang lain.
  • Benjolan kecil berwarna merah yang tidak menyakitkan di bawah kulit.
  • Ruam dengan tepi yang kasar pada kulit (erythema marginatum).
  • Bunyi murmur pada jantung (didengar menggunakan stetoskop).
  • Pergerakan badan secara menyentak di luar kawalan (Sydenham chorea).
  • Komplikasi demam reumatik adalah serius

    Semua simptom demam reumatik akan hilang selepas beberapa minggu tanpa meninggalkan sebarang kesan atau komplikasi melainkan simptom yang melibatkan jantung. Injap jantung boleh mengalami komplikasi menyebabkan:

    • Injap stenosis – injap menjadi sempit sehingga mengganggu perjalanan darah.
    • Injap regurgitasi – injap tidak tertutup dengan betul menyebabkan darah beredar ke arah bertentangan.
    • Luka pada otot jantung – radang boleh melemahkan otot jantung dan menjejaskan fungsinya untuk mengepam darah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan