Pencegahan boleh dilakukan dengan mendapatkan vaksin tertentu seperti influenza dan batuk kokol. Pastikan tangan dibasuh dengan kerap untuk mengelakkan kuman merebak.
2. Paru-paru mengempis (pneumothorax)
COPD boleh merosakkan tisu paru-paru. Jika terdapat udara bocor keluar dan masuk ke dalam ruang antara paru-paru dan dada, paru-paru akan mengempis seperti belon yang dibuang angin. Simptom yang dialami adalah nafas pendek secara tiba-tiba, sakit atau dada terasa sempit dan batuk.
Rawatannya mungkin hanya memberikan oksigen atau prosedur memasukkan tiub di dada untuk mengeluarkan angin yang bocor.
3. Masalah jantung
Oksigen yang rendah dalam darah membuatkan tekanan darah meningkat. Seterusnya, jantung akan bekerja dengan lebih kuat daripada biasa. Bahagian sebelah kanan jantung menjadi bengkak kerana bahagian ini mengepam darah ke dalam paru-paru dalam keadaan tekanan darah tinggi. Lama-kelamaan, ia boleh membawa kepada kegagalan jantung. Keadaan ini disebut sebagai cor pulmonale.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen