backup og meta

Cacar Air: Cegah Anak Anda Dengan Vaksin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    Cacar Air: Cegah Anak Anda Dengan Vaksin

    Cacar air atau chickenpox adalah penyakit berjangkit yang kerap berlaku khususnya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ia disebabkan oleh sejenis virus bernama varicella-zoster (VZV).

    Apakah itu vaksin cacar air?

    Vaksin cacar air atau varicella adalah cara terbaik untuk mencegah diri dan anak anda daripada dijangkiti virus varicella-zoster. Diambil dalam 2 dos, ia memberikan sehingga 90 peratus perlindungan. Vaksin ini dihasilkan daripada virus hidup yang telah dilemahkan.

    Virus yang telah dilemahkan tidak menyebabkan penerima vaksin jatuh sakit. Ia dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem imun. Rangsangan ini menghasilkan antibodi yang akan melindungi anda daripada jangkitan virus cacar air seumur hidup.

    Masih ada peratusan kecil dalam kalangan mereka yang menerima vaksin mendapat jangkitan. Namun, jangkitan yang dialaminya adalah lebih ringan dan proses pemulihan berlaku dengan lebih segera.

    Mengapa vaksin ini diperlukan?

    Kebanyakan kes cacar air menyebabkan simptom yang agak ringan dan tidak terlalu parah. Simptom kebiasaannya hilang dalam tempoh 5 hingga 10 hari. Namun dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan komplikasi serius sehingga boleh mengancam nyawa.

    Golongan paling berisiko adalah bayi berumur bawah 2 tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.

    Antara sebab lain untuk mendapatkan vaksin adalah penyakit cacar air ini sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung atau di udara melalui bersin dan batuk. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang menghidap cacar air perlu diasingkan daripada sekolah atau tempat awam seperti tadika dan rumah jagaan.

    Meskipun bukan satu penyakit yang serius, ia masih menyebabkan ketidakselesaan, demam dan gatal-gatal dalam tempoh sehingga 10 hari. Anda juga mungkin terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak.

    Tidak wajib tetapi sangat digalakkan

    Vaksin varicella tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, ia bukanlah bermakna bahawa ia tidak penting.

    Selain mengelakkan potensi risiko yang ada, vaksin adalah langkah terbaik dan paling menjimatkan duit. 2 suntikan vaksin varicella yang berharga sekitar RM200 dapat menjimatkan duit rawatan dan mungkin dapat menyelamatkan hari cuti anda.

    Dapatkan vaksin varicella untuk anak anda hari ini!

    Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan