backup og meta

Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

    Budd-Chiari syndrome ialah satu keadaan kesihatan yang sangat jarang berlaku. Ia dianggarkan berlaku sebanyak satu dalam sejuta populasi. Doktor juga kadangkala susah membuat diagnosis penyakit ini kerana sangat jarang ditemui.

    Keadaan kesihatan ini berlaku apabila pembuluh vena yang membawa darah keluar dari hati tersumbat. Kesannya, darah akan terkumpul di dalam hati sehingga menyebabkan ia membesar atau bengkak (hepatomegali).

    Sistem pembuluh darah vena di dalam tubuh manusia saling berkait antara satu sama lain dan berfungsi membawa darah dari seluruh sel badan balik ke jantung (tetapi sesetengah vena terkecuali dari konsep ini). Pembuluh darah vena yang membawa darah keluar dari hati disebut sebagai vena hepatik. Ia kemudian membawa darah ke inferior vena cava sebelum masuk ke jantung.

    Vena lain yang terdapat dalam hati ialah vena portal yang sebaliknya membawa darah masuk, bukannya keluar dari hati.

    Apabila vena hepatik tersumbat dan darah terkumpul di dalam hati, tekanan darah akan meningkat. Tekanan tersebut seterusnya menjejaskan vena portal sehingga membawa kepada satu keadaan yang disebut sebagai hipertensi portal. Secara mudahnya, hipertensi portal tidak jauh beza dari hipertensi biasa cuma ia melibatkan pembuluh darah vena, manakala hipertensi biasa berlaku di dalam pembuluh darah arteri.

    Apakah kesan dari keadaan ini?

    Hampir semua penghidap penyakit ini mengalami simptom berikut:

    • Cecair terkumpul di dalam abdomen (asitis) – ketidakseimbangan tekanan darah menyebabkan cecair keluar dari pembuluh darah dan terkumpul di dalam ruang abdomen.
    • Hipertensi portal – tekanan darah vena yang tinggi menyebabkan bengkak pada sesetengah pembuluh darah termasuk kerongkong (muntah darah), perut (ketidakhadaman), dan kaki (vena varikos).
    • Limpa bengkak (terletak di bahagian kiri bawah abdomen) – ini juga adalah kesan daripada hipertensi portal.

    Dalam jangka masa panjang, darah yang terkumpul di dalam hati berisiko menyebabkan sel-sel hati mati dan membentuk parut. Keadaan ini disebut sebagai sirosis hati.

    Apakah rawatan Budd-Chiari syndrome?

    Rawatan bergantung kepada punca vena tersumbat. Antaranya termasuk:

    • Ubat pencair darah (anticoagulant atau thrombolytic)
    • Rawatan untuk mengawal keadaan hati dan asitis.

    Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin diperlukan:

  • Meluaskan diameter pembuluh darah (angioplasty) dan meletakkan stent.
  • Pembedahan pintasan vena.
  • Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosia atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan