backup og meta

Apa Fungsi Buah Pinggang Manusia? Bukan Sekadar Menapis Bahan Buangan Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/11/2022

    Apa Fungsi Buah Pinggang Manusia? Bukan Sekadar Menapis Bahan Buangan Sahaja!

    Semua orang kenal apa itu buah pinggang. Walau bagaimanapun, bukan semua tahu apakah fungsi buah pinggang dalam kehidupan harian. Jika organ ini tidak dapat berfungsi dengan baik, anda berisiko mengalami penyakit buah pinggang.

    Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk seperti kacang. Ia terletak di bahagian belakang abdomen di bawah tulang kedua-dua bahagian tulang rusuk.

    Buah pinggang di sebelah kanan terletak lebih rendah berbanding pasangannya di sebelah kiri kerana terdapat organ hati yang menolaknya ke bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Apakah fungsi buah pinggang?

    fungsi buah pinggang

    Organ ini adalah sebahagian daripada sistem urinari yang berfungsi menapis bahan-bahan tertentu daripada darah untuk dibuang melalui air kencing. Buah pinggang adalah organ pertama yang menerima darah.

    Di dalamnya terdapat unit penting yang bertanggungjawab menjalankan proses penapisan. Unit ini disebut sebagai nephron. Setiap buah pinggang mengandungi 1,000,000 nephron!

    Semasa darah melalui nephron, sebahagian daripada bahan tertentu akan dibuang melalui air kencing, manakala sebahagian yang lain akan dikembalikan semula ke dalam darah. Jika berlaku kerosakan atau kecederaan pada nephron, proses penapisan akan terjejas.

    Bahan-bahan yang ingin dibuang (dalam air kencing) daripada badan seterusnya akan melalui saluran ureter untuk disimpan di dalam pundi kencing. Rasa ingin kencing akan datang apabila air kencing di dalam pundi mencecah sekitar 240 ml. Air kencing seterusnya dibuang keluar melalui saluran urethra.

    Selain membuang bahan toksik, antara fungsi buah pinggang yang lain ialah mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kandungan air di dalam badan.

    Ia juga turut menyumbang dalam mengekalkan kesihatan tulang. Vitamin D yang menjadi salah satu daripada nutrisi penting bagi tulang dihasilkan sebahagiannya melalui buah pinggang.

    Baca juga:

    Apa akan berlaku jika organ ini rosak?

    fungsi buah pinggang

    Organ ini mempunyai potensi untuk beradaptasi terhadap keadaan dengan baik. Oleh sebab itu, simptom yang menunjukkan kerosakan padanya mungkin berlaku agak lewat ketika kerosakan telah menjadi sangat parah.

    Cara terbaik untuk mengesan penyakit buah pinggang adalah melalui ujian saringan, terutamanya dalam kalangan mereka yang berisiko (tekanan darah tinggi, kencing manis, sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga).

    Antara simptom kerosakan buah pinggang adalah:

    • Jumlah air kencing berubah – bertambah atau berkurang.
    • Kaki dan buku lali bengkak.
    • Kelopak mata bengkak di waktu pagi.
    • Tekanan darah tinggi.
    • Air kencing berdarah.
    • Gatal-gatal satu badan – bahan toksik terkumpul.
    • Sukar memberikan fokus.
    • Kewarasan terganggu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan