backup og meta

5 Tip Berguna MENCEGAH Batu Karang, Tak Sanggup Lagi Hadapi Kesakitannya Itu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    5 Tip Berguna MENCEGAH Batu Karang, Tak Sanggup Lagi Hadapi Kesakitannya Itu!

    Aduh, sakitnya bila kena batu karang. Apa cara nak elakkan daripada berulang lagi ya? Haaa…teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini kalau nak tahu 5 cara cegah batu karang!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

    5 Cara Cegah Batu Karang

    Jika anda pernah mempunyai batu karang, sudah pasti anda tidak mungkin akan melupakannya. Kesakitan yang tidak tertanggung, datang dalam gelombang sehingga batu kecil melalui saluran air kencing dan keluar dari badan.

    Bagi kebanyakan orang, batu karang bukan satu perkara dalam satu masa tetapi kira-kira separuh daripada orang yang mempunyainya satu, yang lain akan muncul dalam tempoh tujuh tahun tanpa langkah pencegahan.

    cara cegah batu karang

    Jadi jom cuba cara cegah batu karang ini, siapa tahu ia berkesan untuk anda?

    1. Kekal dehidrasi

    Pengambilan air yang banyak akan mencairkan bahan dalam air kencing yang menjadi penyebab kepada batu karang. Dapatkan air yang membolehkan ada membuang air kecil 2 liter sehari atau kira-kira 8 cawan.

    Sekiranya tidak, pengeluaran urin anda akan rendah. Ini bermakna air kencing anda lebih pekat dan sukar menguraikan garam dalam air kencing yang menyebabkan batu karang terbentuk.

    Jus lemon atau oren juga adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi sitrat dan boleh dianggap sebagai antara cara cegah batu karang.

    Anda boleh mengetahui sama ada anda terhidrasi atau sebaliknya dengan melihat warna air kencing, ia seharusnya jernih atau kuning pucat. Sekiranya gelap, anda perlu minum lebih banyak lagi.

    2. Dapatkan kalsium secukupnya

    cara cegah batu karang

    Batu karang yang biasa dialami oleh kebanyakan orang adalah batu kalsium oxalate yang mana menyebakan kebanyakannya percaya bahawa mereka harus mengelakkan pengambilan kalsium.

    Sebaliknya, diet rendah kalsium boleh meningkatkan risiko batu karang dan risiko osteoporosis anda.

    Sebaiknya, dapatkan kalsium daripada makanan. Ini kerana beberapa kajian telah mengaitkan makanan tambahan kalsium kepada batu karang.

    Lelaki berusia 50 tahun ke atas perlu mendapatkan 1,000 mg (mg) kalsium sehari, bersama dengan 800 hingga 1,000 unit antarabangsa (IU) vitamin D untuk membantu badan menyerap kalsium.

    Susu rendah lemak, keju rendah lemak dan yogurt rendah lemak adalah semua pilihan makanan kaya kalsium yang baik dan merupakan cara cegah batu karang!

    3. Kurangkan garam

    Diet tinggi garam meningkatkan risiko batu karang kalsium.

    Menurut Yayasan Perawatan Urologi, terlalu banyak garam dalam air kencing menghalang kalsium daripada diserap kembali dari air kencing ke darah. Ini menyebabkan kalsium air kencing tinggi, yang boleh menyebabkan batu karang.

    Mengurangkan pengambilan garam membantu mengurangkan kadar kalsium air kencing.

    Jadi, lebih rendah kalsium air kencing, semakin rendah risiko batu karang. malah , ia juga baik untuk tekanan darah dan jantung.

    Baca juga:

    4. Hadkan protein haiwan sebagai cara cegah batu karang

    Pengambilan terlalu banyak protein haiwan seperti daging merah, ayam, telur dan makanan laut akan meningkatkan tahap asid urik dan boleh menyebabkan batu karang.

    Diet tinggi protein juga akan mengurangkan kadar sitrat iaitu bahan kimia dalam air kencing yang membantu mencegah pembantukan batu karang.

    Sekiranya anda terdedah kepada batu karang, hadkan pengambilan daging harian kepada kuantiti yang lebih kecil.

    cara cegah batu karang

    5. Elakkan makanan pembentukan batu

    Coklat, bayam, teh dan kekacang  kaya dengan oxalate, manakala kola kaya dengan fosfat. Kedua-duanya dapat menyumbang kepada batu karang.

    Sekiranya anda mengalami batu karang, doktor mungkin menasihatkan anda untuk mengelakkan makanan ini atau mengambilnya dalam jumlah yang lebih kecil.

    Bagi orang lain, makanan dan minuman tertentu tidak mungkin mencetuskan batu karang kecuali dimakan dalam jumlah yang sangat tinggi.

    Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil vitamin C berdos tinggi dalam bentuk suplemen adalah sedikit lebih tinggi risiko batu karang. Ini mungkin kerana tubuh menukarkan vitamin C menjadi oxalate.

    Selain itu, berbincang dengan doktor anda mengenai cara cegah batu karang yang sewajarnya.

    Jika anda terdedah kepada beberapa jenis batu karang, ubat-ubatan tertentu mungkin dapat membantu mengawal jumlah bahan yang ada di dalam air kencing anda.

    Jenis ubat yang ditetapkan bergantung pada jenis batu karang yang anda alami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan