backup og meta

5 Perkara Asas & Penting Semua Yang Orang Perlu Tahu Tentang Vaksin HPV!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 minggu lalu

    5 Perkara Asas & Penting Semua Yang Orang Perlu Tahu Tentang Vaksin HPV!

    Rasanya, ramai mungkin pernah dengar namun masih belum tahu apa itu vaksin HPV. Adakah ia wajib diambil? Adakah ia khusus untuk perempuan sahaja atau lelaki juga? Jom klik dan baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.

    Vaksin HPV untuk apa?

    Salah satu virus yang paling popular merebak melalui hubungan seksual ialah papilomavirus human genital (HPV).

    Dijangka terdapat lebih kurang 40 jenis HPV, dan sudah tentu, semua ini merebak melalui hubungan seksual.

    Kebanyakan jangkitan HPV tidak menunjukkan simptom, dan lebih cenderung untuk hilang dengan sendirinya.

    Walau bagaimanapun, ramai orang mengambil berat mengenai virus ini kerana virus ini berpotensi besar untuk mengakibatkan kanser servik bagi wanita.

    Kanser servik boleh menyebabkan jumlah kematian yang ketara dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

    apa itu vaksin hpv

    Akibat lain bagi HPV termasuk jenis kanser yang kurang popular bagi lelaki dan wanita – kanser penis, faraj, anus, dan lain-lain, contohnya – ketuat genitalia (dengan rawatan yang cukup) dan bahkan ketuat yang terletak pada bahagian atas saluran pernafasan.

    Sekali anda menghidapi jangkitan HPV, anda tidak boleh sembuh daripada virus ini lagi.

    Walau bagaimanapun, terdapat rawatan yang ada untuk keadaan yang disebabkan oleh jangkitan HPV.

    Kenapa pula vaksin ini sangat penting?

    Dijangkakan di Amerika Syarikat sahaja, lebih kurang 12,000 wanita telah didiagnosis dengan kanser serviks, dan lebih kurang 4,000 wanita telah meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun.

    Vaksinasi ini adalah jenis tidak teraktif, dan mempunyai manfaat dalam melindungi pengguna daripada empat jenis HPV yang utama.

    Lebih kurang 70% kanser servik disebabkan oleh dua jenis ini, manakala 90% ketuat genitalia terjadi akibat daripada dua jenis yang lain.

    Apa itu vaksin HPV turut menawarkan pelindungan yang dipercayai sempurna.

    Walau bagaimanapun, oleh sebab vaksinasi ini tidak boleh melindungi anda daripada semua jenis HPV, saringan kanser servik masih lagi diperlukan.

    Siapa yang perlu ambil vaksin ini?

    Apa itu vaksin HPV? Siapa disarankan untuk mengambilnya? Vaksin ini disarankan kepada kanak-kanak perempuan berumur 11 dan 12 tahun.

    Kanak-kanak perempuan pada umur 9 tahun juga boleh diberi vaksin ini.

    Wanita amat digalakkan untuk mengambil vaksin ini bagi mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks.

    apa itu vaksin hpv

    Adakah mereka yang aktif seks akan dapat manfaat?

    Wanita disarankan agar mendapatkan vaksin ini sebelum mereka mula aktif dalam hubungan seksual dan terdedah kepada jangkitan seksual ini.

    Adakah perempuan yang aktif dalam hubungan seksual akan mendapat manfaat daripada vaksin ini?

    Ya, sudah tertentu, namun mereka yang aktif dalam hubungan seksual sebelum mengambil vaksin ini mungkin telah terdedah kepada jangkitan terlebih dahulu.

    Oleh itu, para wanita berusia 20 tahun ke atas amat digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian saringan bagi mengesan jangkitan atau kanser serviks pada peringkat awal.

    Amalan seks selamat juga haruslah diamalkan seperti menggunakan kondom dan tidak bertukar-tukar pasangan seksual.

    Bolehkah wanita hamil ambil vaksin HPV?

    Wanita hamil tidak boleh ambil apa itu vaksin HPV walaupun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bayi tidak akan berhadapan dengan apa-apa risiko sekalipun.

    Walau bagaimanapun, sehingga kehamilan ini selesai, mereka tidak seharusnya mengambil sebarang dos vaksin ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan