backup og meta

Penyakit Beguk Tidak Lagi Wujud Pada Ketika Ini? Berikut Penerangan Yang Jelas!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/06/2023

    Penyakit Beguk Tidak Lagi Wujud Pada Ketika Ini? Berikut Penerangan Yang Jelas!

    Bagi mereka yang lahir pada tahun 2002 dan ke atas, apa itu beguk mungkin perkara jarang dan baru bagi mereka.

    Terima kasih kepada vaksin MMR (campak, beguk, rubella) yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2002, bilangan kes beguk menurun dengan mendadak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

    Apa itu beguk?

    Untuk pengetahuan anda, apa itu beguk atau mumps adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis virus bernama mumps virus.

    Karakter utama penyakit ini adalah bengkak pada pipi, sama ada di satu atau kedua-dua bahagian pipi.

    Bahagian yang bengkak itu adalah kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar yang berfungsi menghasilkan air liur.

    Virus beguk boleh tersebar melalui air liur, hingus atau sentuhan langsung dengan pesakit.

    apa itu beguk

    Apa gejala beguk?

    Tempoh antara terdedah kepada virus dan simptom adalah lebih kurang 2 minggu. Biasanya, ia akan bermula dengan apa gejala beguk seperti di bawah:

    • Demam.
    • Letih badan.
    • Sakit kepala.
    • Hilang selera makan.

    Selepas beberapa hari, suhu badan akan meningkat tinggi (39°C) diikuti dengan bengkak pada kelenjar parotid. Kemungkinan, kelenjar yang bengkak itu menjadi sakit.

    Tahap simptom setiap orang mungkin berbeza. Ada yang boleh meneruskan aktiviti seperti biasa, ada juga yang tidak boleh lasak dan keletihan.

    Jika tanpa komplikasi, apa gejala beguk mungkin akan kembali normal selepas 10 hingga 12 hari.

    Apa pula cara rawatannya?

    Antibiotik tidak akan berkesan melawan virus beguk. Ubat khusus untuk melawan mumps virus juga tiada di pasaran.

    Apa yang boleh dilakukan adalah rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom:

    • Rehat di rumah.
    • Ambil ubat seperti Panadol untuk mengurangkan demam.
    • Tuam ais pada kelenjar yang bengkak.
    • Banyakkan minum air.
    • Makan makanan yang lembut untuk memudahkan menelan.
    • Elakkan makanan pedas bagi mengurangkan kelenjar parotid bekerja.

    apa itu beguk

    Dalam tempoh penyakit, doktor akan meminta anda untuk duduk di rumah supaya tidak menyebarkannya kepada orang lain. Dalam amalan orang dahulu, biasanya nila akan disapu pada kawasan beguk ini.

    Walau bagaimanapun, keberkesanannya tidak dapat disahkan.

    Mengapa beguk perlu divaksin?

    Tiada ubat yang boleh melawan virus ini dan ia adalah penyakit berjangkit.

    Dengan adanya vaksin, beguk dapat dicegah. Tambahan pula, terdapat beberapa komplikasi bahaya termasuk mandul, keguguran, meningitis, ensefalitis dan pankreatitis.

    Anak-anak anda tidak perlu lagi menghidapi penyakit beguk kerana sudah ada vaksin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan