backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Angiogram Serebral

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Angiogram Serebral?

Angiogram bagi kepala dan leher adalah ujian X-ray yang menggunakan pewarna khas dan kamera (fluoroskopi) untuk mengambil gambar aliran darah dalam saluran darah pada bahagian kepala dan leher.

Angiogram pada kepala (angiogram serebral) boleh digunakan untuk melihat saluran darah atau empat arteri (kajian saluran empat) yang membawa darah ke otak.

Mengapakah Angiogram Serebral ini dilakukan?

Tidak semua pesakit yang mengalami arteri tersumbat memerlukan angiografi serebral ini. Kerana ia boleh pecah dan turut mempunyai risiko, ia selalunya dilakukan selepas ujian noninvasive bagi mengenalpasti ia tidak merebak jika doktor anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut bagi merancang rawatan anda.

Angiografi serebral boleh membantu bagi mengenal pasti:

  • Aneriusma aneurysm (dinding arteri pecah)
  • Arteriosklerosis (penyempitan arteri)
  • Kelainan pada arteriovenous (pembuluh darah yang saling berkait)
  • Vaskulitis (keradangan saluran darah)
  • Barah
  • Darah beku atau bergumpal
  • Koyakan pada lapisan arteri

Angriografi serebral juga boleh membantu doktor anda mengenal pasti penyebab kepada beberapa gejala termasuklah:

  • Sakit kepala yang teruk
  • Kehilangan ingatan
  • Percakapan yang kurang jelas
  • Pening
  • Penglihatan yang kabur dan berbalam-balam
  • Kelemahan atau kebas
  • Hilang keseimbangan tubuh

Perkara yang perlu anda ketahui

Apakah yang perlu saya tahu sebelum melakukan Angiogram Serebral ini?

Angiogram medan magnetik (MRA) atau angiogram tomografi berkomputer (CTA) mungkin salah satu pilihan yang ada selain angiogram. Setiap daripada ujian ini adalah kurang berisiko daripada angiogram yang biasa.

Bagi individu dengan masalah buah pinggang, kencing manis, atau dehidrasi, ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk menghalang kerosakan pada buah pinggang. Pewarna yang sedikit mungkin digunakan atau lebih cecair akan diberikan sebelum, semasa, dan selepas ujian ini. Jika anda mempunyai sejarah masalah buah pinggang, ujian darah yang lain (creatinine, urea) mungkin diperlukan sebelum proses angiogram bagi memastikan buah pinggang berkerja dengan baik.

Dalam kes yang jarang berlaku, pembedahan mungkin diperlukan untuk membaik pulih lubang pada saluran darah dimana kateter dipasang.

Individu yang merokok cenderung mempunyai tahap CEA yang lebih tinggi daripada bukan perokok.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimanakah persediaan bagi Angiogram Serebral?

Sebelum melakukan angiogram, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengalami alahan dengan makanan berkerang atau bahan beriodin.
  • Mempunyai sejarah masalah pendarahan
  • Mengalami reaksi alahan dengan bahan beriodin dan alahan kepada pewarna X-ray
  • Kemungkinan hamil

Tidak makan atau minum selama 4 hingga 8 jam sebelum melakukan angiogram. Anda mungkin diminta untuk tidak mengambil ubat aspirin, sebarang produk aspirin, atau pencair darah untuk beberapa hari sebelum ujian dilakukan dan untuk satu hari selepas ujian dilaksanakan. Jika anda mengambil ubat ini, sila beritahu dan berbincang dengan doktor anda.

Ujian ini akan mengambil masa dalam beberapa jam, jadi anda perlu mengosongkan pundi kencing sebelum ia bermula.

Berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kekhuatiran dalam ujian tersebut, risikonya, bagaimana ia dilakukan, atau apakah maksud keputusan tersebut.

Apa yang berlaku semasa Angiogram Serebral?

Anda akan dipasang dengan saluran intravena pada urat lengan anda agar doktor dapat memberikan ubat atau cecair yang diperlukan. Peranti yang dipanggil meter nadi (pulse oximeter), yang mengukur tahap oksigen dalam darah anda, mungkin akan di kepitkan pada jari atau telinga anda. Cakera kecil (eloktrod) akan diletakkan pada lengan anda, dada, atau kaki untuk merekod rentak dan degupan jantung anda.

Anda akan berbaring pada meja X-ray. Tali, pita atau guni akan digunakan bagi memastikan badan anda sentiasa dalam posisi yang betul.

Doktor akan menyahkumankan kawasan pada pangkal peha anda. Beliau akan memasukkan kateter melalui saluran darah anda sehingga ke dalam arteri karotid, dimana ia terletak di bahagian leher anda.

Aliran pewarna kontras akan melalui kateter sehingga ke arteri, dimana ia mengalir melalui saluran darah anda sehingga ke saluran darah pada otak anda. Anda akan melalui beberapa siri pengambilan X-ray pada kepala dan leher.

Selepas itu, kateter akan dikeluarkan dan kain pembalut akan diletakkan pada kawasan pengambilan tersebut. Keseluruhan prosedur ini biasanya mengambi masa diantara satu hingga tiga jam

Apakah yang berlaku setelah melakukan Angiogram Serebral?

Angiogram akan mengambil masa diantara satu hingga dua jam. Kain pembalut akan diletakkan pada kawasan tersebut. Anda akan diberikan ubat tahan sakit sekiranya memerlukan. Jika kateter diletakkan pada pangkal peha, cuba untuk menegakkan kaki tersebut selama 8 jam. Doktor akan memberikan anda arahan yang khusus selepas ujian. Anda boleh menggunakan beg berisi ais bagi meredakan kesakitan atau bengkak pada bekas cucukan jarum.

Biasanya anda akan dibenarkan untuk pulang ke rumah pada hari yang sama, walupun untuk beberapa kes anda dikehendaki untuk bermalam di hospital. Anda mungkin akan melihat lebam dan sedikit lembut pada bahagian kateter yang dimasukkan.

Anda boleh meminum air yang lebih untuk menghilangkan pewarna daripada badan anda melainkan doktor anda menasihatkan sebaliknya.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai serebral angiogram, sila berjumpa dengan doktor bagi memahami arahan selanjutnya.

Fahami keputusannya

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Doktor anda akan memberitahu keputusan selepas ujian. Keputusan ujian yang penuh biasanya akan tersedia pada hari yang sama.

Angiogram bagi kepala dan leher

Normal:

  • Saluran darah adalah normal dari segi saiz, bentuk, lokasi, dan nombornya.
  • Pewarna dapat melalui ke seluruh salur darah.
  • Tidak sempit, tersumbat, membonjol, atau tidak mempunyai masalah saluran darah yang tidak dapat dilihat.

Abnormal:

  • Penyempitan pada arteri bermaksud pengumpulan lemak, kalsium, atau darah beku yang mengurangkan aliran darah melalui saluran darah.
  • Salur darah yang tidak berada di posisi normal mungkin bermaksud ada barah yang membesar dan menolak salur darah tersebut.
  • Salur darah yang membonjol mungkin adalah penyebab kelemahan pada dinding saluran darah (Aneurisme).
  • Corak saluran darah yang tidak normal mungkin menunjukkan adanya barah.
  • Pewarna yang terkeluar daripada saluran darah menunjukkan salur darah tersebut berlubang.
  • Mempunyai saluran darah yang tidak normal yang mungkin wujud sejak lahir (kongenital)

Bergantung kepada hospital dan makmal, julat bagi angiogram serebral yang normal mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya ada pertanyaan mengenai keputusan ujian tersebut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan