Apa itu Abdominoplasti?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Abdominoplasti?

Pembedahan abdominoplasti juga dikenali sebagai pembedahan perut atau pembedahan dinding abdomen. Ini adalah pembedahan kosmetik yang menjadikan perut anda lebih tipis dengan mengeluarkan lemak dan kulit longgar yang berlebihan; Ia juga meregangkan otot di sekitar dinding abdomen anda.

Mengapa abdominoplasti dilakukan?

Doktor anda akan mengarahkan pembedahan ini jika kulit di sekeliling pusat dan perut anda longgar dan berkedut dan kelihatan tidak estetik. Selain itu, anda boleh menjalani pembedahan ini jika anda mahu abdomen yang sihat dan lebih kurus. Terdapat beberapa kes yang mana pembedahan perlu dilakukan:

  • Pembedahan abdominoplasti sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai keadaan kesihatan yang baik dan keperluan kecantikan.
  • Wanita yang hamil berkali-kali boleh menjalani pembedahan untuk meregangkan otot perut dan membuang kulit yang berlebihan.
  • Kedua-dua lelaki dan wanita yang pernah menjadi obese, dan masih mempunyai lemak dan lebihan kulit di sekitar perut boleh memilih pembedahan ini untuk membuang lemak dan kulit

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko-risiko abdominoplasti?

Pembedahan ini tidak sesuai untuk semua orang. Ada kes tertentu di mana anda tidak patut menjalani pembedahan ini.

  • Anda bercadang untuk mengurangkan berat anda atau bercadang untuk hamil
  • Anda mempunyai penyakit kronik teruk seperti sakit jantung, diabetes atau sindrom usus rengsa
  • Merokok

Adalah penting anda memahami amaran dan langkah berjaga-jaga sebelum menjalani pembedahan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan pakar bedah anda untuk mendapatkan maklumat dan arahan lanjut.

Terdapat komplikasi yang biasa dari pembedahan, termasuklah:

  • Komplikasi anestesia, termasuk alahan anestetik yang kadangkala boleh menyebabkan kematian.
  • Pendarahan atau jangkitan;
  • Selepas pembedahan, gumpalan boleh berlaku dan menyebabkan penyakit jantung yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, trombosis vena dalam atau strok;
  • Kegagalan pernafasan;
  • Cecair yang terkumpul di bawah luka;
  • Tisu mati di luka atau sekitar kulit yang dipotong;
  • Kerosakan kepada saraf deria, yang boleh menyebabkan kebas-jangka masa yang panjang atau kebas yang kekal;
  • Kebas paha – yang biasanya merupakan keadaan sementara;
  • Pembengkakan berpanjangan;
  • Kulit atau pusat tidak selari (tidak sekata);
  • Kehilangan pusat;
  • Jangkitan pada parut dan gatal, atau parut yang hodoh;

Kadang-kadang anda perlu menjalani pembedahan lain untuk mengelakkan komplikasi. Ini bukan senarai komplikasi yang lengkap, kerana terdapat beberapa komplikasi lain yang bergantung kepada gaya hidup dan patologi anda. Sebagai contoh, pesakit dengan obesiti lebih mudah terdedah kepada jangkitan pada payudara. Anda perlu memberitahu doktor anda semua penyakit yang anda hidapi bagi memudahkan jangkaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai kemungkinan komplikasi, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani abdominoplasti?

Pertama, anda perlu memilih pakar bedah yang mahir dan berpengalaman dalam pembedahan ini. Kemudian anda harus berjumpa dengannya untuk berbincang.

Sebelum pembedahan, anda perlu bertanya kepada doktor tentang persiapan yang diperlukan. Tambahan lagi, anda sepatutnya memastikan ada saudara anda yang akan membawa anda pulang selepas pembedahan. Pada hari pertama selepas pembedahan, anda perlu dijaga 24/24 oleh saudara anda sekiranya ada sebarang komplikasi. Anda harus maklumkan kepada mereka terlebih dahulu.

Apa yang berlaku semasa abdominoplasti?

Pembedahan dijalankan di bawah anestesia; ia biasanya berlangsung 2-5 jam. Terdapat dua jenis abdominoplasti, termasuk:

  • Pembedahan penuh – buang kulit yang berlebihan dan meregangkan otot subkutaneus di sekeliling abdomen, termasuk pusat.
  • Pembedahan separa – buang kulit yang berlebihan di bawah pusat dan ketatkan otot perut.

Proses-prosesnya termasuk:

  • Pakar bedah itu membuat insisi melengkung di bahagian perut anda, dari satu sisi pinggul ke sisi yang lain.
  • Pakar bedah membuangkan tisu kulit dan lemak dari tisu subkutaneus
  • Pakar bedah menjahit dan mengetatkan atau mengasingkan otot perut yang longgar.
  • Lemak dikeluarkan.
  • Kulit berlebihan dipotong.
  • Pusat dipindahkan ke kedudukan yang betul.
  • Pakar bedah menjahit insisi dengan benang dan jarum atau jalur dan klip.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang berlaku setelah abdominoplasti?

Apa pun pembedahan yang anda jalani, selepas pembedahan, anda mempunyai jahitan di bahagian perut anda yang dibalut dengan kapas; anda perlu mengelakkan jahitan daripada dijangkiti. Adalah penting untuk anda mengikuti arahan pakar bedah pada hari-hari selepas pembedahan. Anda perlu mengehadkan tugasan yang berat untuk sekurang-kurangnya 6 minggu. Dalam kebanyakan kes, anda perlu berehat dari kerja anda sekurang-kurangnya 4 minggu untuk membantu pemulihan anda. Doktor anda akan memberitahu anda apa yang harus dilakukan dan tidak boleh dilakukan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan