backup og meta

Kanser dan Masalah Tidur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    Kanser dan Masalah Tidur

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan, sehingga 50 peratus pesakit kanser mempunyai masalah dalam tidur mereka. Jika anda menghadapi masalah dengan tidur, anda tidak bersendirian. Artikel ini akan membantu anda mengetahui tentang hubungan antara kanser dan masalah tidur anda.

    Apakah masalah tidur?

    Masalah dengan tidur atau gangguan tidur, bermakna anda mempunyai insomnia, sindrom kaki gelisah (restless legs syndrome), dan tidur tidak teratur. Insomnia telah dikesan sebagai masalah yang paling biasa. Ini kerana terdapat kira-kira 80 peratus pesakit kanser yang mengalami kesukaran untuk kekal tidur. Malah, ia terbukti bahawa pesakit kanser dua kali lebih mungkin mengalami insomnia berbanding orang yang tidak mempunyai kanser.

    Apakah simptom-simptomnya?

    Pesakit kanser boleh mengalami kesulitan tidur, kerap terjaga pada waktu malam, atau terjaga awal pagi dengan ketidakupayaan untuk tidur semula. Anda mungkin menghadapi situasi sedemikian sekurang-kurangnya 3 malam dalam seminggu. Dan akibatnya, ia menyebabkan kemerosotan yang ketara pada siang hari atau mengalami tekanan pada akhirnya.

    Penyelidik menunjukkan bahawa insomnia boleh membawa anda kepada masalah keletihan, ingatan dan tumpuan, gangguan mood dan gangguan psikiatri. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan simptom fizikal, jangka hayat yang lebih pendek, dan imunosupresi. Disebabkan itu anda perlu mendapatkan rawatan untuk insomnia dan juga masalah tidur anda yang lain.

    Mengapa pesakit kanser mempunyai masalah tidur?

    Apabila didiagnosis dengan kanser, ia boleh menyebabkan anda mengalami tekanan emosi, yang biasanya membuatkan anda tidak boleh tidur dengan baik. Kanser dianggap sebagai serve disease, difahami bahawa anda berfikir tentang penyakit anda sebagai sesuatu yang boleh merosakkan hidup anda. Pemikiran-pemikiran negatif ini membuatkan anda mengalami tidak dapat tidur pada waktu malam.

    Gangguan emosi termasuk kebimbangan, kegelisahan, kemurungan, dan tekanan keseluruhan. Selain itu, apabila anda mempunyai kanser, anda mungkin mempunyai ketidakpastian dan ketakutan tentang masa depan anda dan keluarga. Anda juga perlu berdepan dengan membuat keputusan mengenai rawatan yang anda tidak mempunyai perspektif mengenainya. Akibatnya, anda tenggelam dalam kekacauan tekanan yang dapat menghalang tidur anda.

    Selain tekanan emosi, kesan sampingan kanser itu sendiri atau rawatannya juga merupakan sebabnya. Komplikasi ini boleh menyebabkan tekanan psikologi dan menjadikannya sukar bagi anda untuk mengekalkan jadual tidur yang konsisten. Kesan kanser itu sendiri dan rawatan adalah rasa sakit, mual atau inkontinen. Mereka juga boleh menghalang anda daripada tidur. Di samping itu, ubat untuk melegakan simptom atau merawat kanser boleh menyebabkan insomnia sebagai kesan sampingan langsung. Keradangan yang disebabkan oleh rawatan dan kanser itu sendiri juga telah didedahkan mempengaruhi kemampuan tidur. Terapi radiasi boleh memberi kesan kepada irama sirkadian anda dan kitaran tidur REM, menghalang isyarat untuk terjaga dan mengantuk.

    Ini bukan tanda yang baik jika masalah tidur anda berterusan. Sekiranya anda gagal mengurusnya di rumah, anda mesti meminta doktor anda untuk mencari sebab sebenar dan menetapkan ubat untuk merawat masalah tidur anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan