backup og meta

Idea Hidangan Ringkas Untuk Pesakit Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/05/2022

    Idea Hidangan Ringkas Untuk Pesakit Diabetes

    Membuat pelan diet untuk pesakit diabetes memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal penyakit ini. Menu untuk pesakit diabetes boleh menstabilkan glukosa darah, melindungi jantung, mengawal tekanan darah, mencegah dan menangguhkan komplikasi diabetes.

    Tujuan utama menu untuk pesakit diabetes adalah untuk memastikan kandungan gula dalam darah yang lebih rendah kerana kandungan gula dalam darah merupakan indikator utama kepada penyakit diabetis. Oleh itu, penyakit boleh dikawal. Ia sangat berbahaya jika pesakit tidak mempunyai menu yang sesuai dengan keadaan diabetes yang mereka hadapi. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan orang, menyediakan makanan yang sihat adalah sangat memakan masa dan rumit. Berikut adalah beberapa makanan berkhasiat dengan masa yang kurang direka untuk pesakit diabetes.

    Menu untuk sarapan

    Sarapan adalah waktu yang indah pada siang hari untuk menambah serat makanan, vitamin, dan kalsium. Pesakit diabetes boleh menyediakan sarapan pagi yang sihat dengan bijirin penuh, buah segar, oat, susu, yogurt. Makanan jenis ini sangat baik untuk kesihatan. Makanan berasaskan bijian kaya dengan serat. Pesakit diabetes boleh menggunakan separuh secawan buah segar seperti strawberi, blueberi.

    Selain itu, mereka juga perlu menambah satu atau dua sudu teh bejih rami (flax seed). Biji-bijian ini kaya dengan protein, serat, dan omega-3. Salah satu makanan yang paling perlu untuk pesakit diabetes ialah oatmeal, yang mengandungi serat dan membantu menjaga kadar glukosa darah rendah.

    Menurut kajian Reader’s Digest, kalsium dan vitamin D dari krim susu membantu dalam metabolisme dan menurunkan kolesterol, dan meningkatkan kalsium. Untuk yogurt, tidak digalakkan menggunakan yogurt buah kerana terlalu ia manis. Di samping itu, susu adalah pilihan yang baik kerana minum susu membantu mengawal berat badan.

    Menu untuk makan tengah hari

    Seseorang dengan diabetes perlu menambah sayur-sayuran hijau untuk makan tengah hari mereka. Salad (Lettuce), tomato, lada merah, kacang hitam, dan jagung adalah disyorkan. Cara terbaik untuk melengkapkan protein ialah dengan menggunakan tenderloin (daging batang pinang). Pesakit diabetes boleh memilih ayam tanpa kulit atau daging lembu kerana jenis daging ini mengandungi banyak asid linoleik yang dapat menyokong dan merangsang metabolisme glukosa secara berkesan. Selain itu, asid ini telah terbukti berkesan untuk mencegah kanser.

    Menu untuk makan malam

    Pesakit diabetes boleh menyedikan protein untuk mereka dengan makan tauhu dan ikan semasa makan malam. Untuk ikan, sardin dan ikan hering adalah pilihan yang baik kerana ia mengandungi lemak yang sihat untuk melawan penyakit jantung dan kanser. Ikan laut kaya dengan protein, asid lemak, dan terutama omega-3, yang merupakan salah satu makanan terbaik untuk pesakit kencing manis. Untuk sayur-sayuran hijau, asparagus, brokoli, kacang peas, tomato adalah kaya dengan bahan bermanfaat, yang disyorkan untuk menu makan malam pesakit diabetes. Ia mengandungi antioksidan dan magnesium yang baik untuk jantung dan membantu mengeluarkan kolesterol sepanjang sehari. Selain itu, serat membantu menjaga air di dalam tubuh, serta memanjangkan penyerapan gula ke dalam darah.

    Setiap hari orang dengan diabetes perlu menyerap kira-kira 400 gram sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Cuba makan buah secara langsung daripada minum jus. Serat buah-buahan dan sayur-sayuran adalah komponen penting untuk mengurangkan gula, penyerapan gula lebih perlahan. Terdapat pelbagai pilihan untuk anda: limau gedang, oren, lemon, epal. Walau bagaimanapun, orang yang menghidap diabetes harus mengelakkan buah-buahan manis seperti anggur dan mangga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan