backup og meta

Gastroparesis: Gangguan Pencernaan Akibat Komplikasi Diabetis Mellitus

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Gastroparesis: Gangguan Pencernaan Akibat Komplikasi Diabetis Mellitus

    Komplikasi diabetes mellitus boleh menyebabkan gastroparesis. Gastroparesis adalah gangguan progresif yang menyebabkan makanan kekal lebih lama daripada biasa di perut. Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan saraf yang memindahkan makanan melalui saluran pencernaan dan otot tidak berfungsi dengan sebaiknya. Akibatnya, makanan kekal di perut dan tidak dicerna.

    Bagaimana komplikasi ini berlaku?

    Mereka yang mempunyai gastroparesis mempunyai kerosakan saraf sepanjang vagus. Saraf vagus adalah saraf kranial panjang dari otak ke organ perut termasuk organ-organ dalam saluran pencernaan. Sama seperti diabetes neuropati, kerosakan pada saraf vagus mengganggu fungsi saraf, termasuk saraf dalam sistem pencernaan. 

    Gastroparesis sukar untuk didagnosis dan sering kali tidak dapat dikesan pada pesakit. Oleh itu, lazimnya gastroparesis pada mereka yang menghidap diabetes adalah antara 5-65 peratus.

    Gastroparesis sering berlaku kepada mereka yang telah didiagnosis mempunyai gula dalam darah yang tinggi selama bertahun-tahun. Kadar gula dalam darah yang tinggi dalam jangka panjang menyebabkan perubahan kimia darah pada saraf seluruh tubuh. Keadaan ini lama-kelamaan boleh merosakkan saluran yang membekalkan saraf tubuh dengan nutrien dan oksigen, termasuk saraf vagus yang akhirnya menyebabkan gastroparesis.

    Oleh kerana gastroparesis adalah penyakit yang progresif dan beberapa simptom seperti pedih ulu hati kronik atau loya kelihatan biasa, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda mengalami gangguan itu.

    Simptom gastroparesis

    • Pedih ulu hati
    • Mual
    • Muntah makanan yang tidak dicerna
    • Cepat kenyang walaupun mengambil hidangan yang kecil
    • Kehilangan berat badan yang drastik
    • Kembung
    • Hilang selera makan
    • Sukar menstabilkan tahap glukosa dalam darah
    • Kekejangan perut
    • Asid perut

    Simptom gastroparesis mungkin ringan atau teruk, bergantung kepada kerosakan pada saraf vagus. Simptom juga boleh dilihat dengan lebih jelas selepas makan makanan tinggi serat atau lemak, yang biasanya perlahan untuk dicerna.

    Siapakah berisiko terdedah kepada komplikasi diabetes mellitus?

    Wanita dengan diabetes yang berlebihan berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami gastroparesis. Keadaan lain yang boleh meningkatkan risiko termasuk pembedahan abdomen sebelum ini atau sejarah gangguan makan.

    Penyakit dan keadaan selain diabetes juga boleh menyebabkan gastroparesis. Contohnya jangkitan virus, ubat-ubatan yang melambatkan pencernaan, penyakit asid refluks, dan gangguan otot yang licin. Penyakit lain yang boleh menyebabkan simptom gastroparesis termasuk penyakit Parkinson, pankreatitis kronik, fibrosis kistik, penyakit buah pinggang, dan sindrom turner. Kadang-kadang gastroparesis tidak mempunyai punca yang diketahui, walaupun selepas ujian yang teliti.

    Apakah yang perlu saya lakukan?

    Jika anda mempunyai gastroparesisi akibat komplikasi diabetis mellitus, anda harus elakkan memakan makanan mentah, brokoli, oren, produk kaya susu (keju, aiskrim, yogurt) serta minuman berkarbonat. Doktor juga mengesyorkan makan makanan kecil dan makanan yang lebih lembut. Di samping itu penting bagi anda untuk mengekalkan diri anda terhidrat, terutamanya jika melibatkan simptom muntah.

    Tiada rawatan untuk merawat gastroparesis. Walau bagaimanapun, gastroparesis adalah keadaan kronik yang boleh dikawal dengan mengamalkan diet yang sihat, mengambil ubat, dan memeriksa glukosa dalam darah dengan teliti, termasuk insulin yang mencukupi jika diabetes anda adalah jenis 2. Dalam kes-kes yang serius, doktor anda boleh membantu anda beralih kepada diet cecair, iaitu dalam bentuk bubur bagi pengambilan nutrisi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan