Diagnosis Kanser Paru-Paru: Apa Yang Anda Harus Ketahui

Jika anda merasakan anda mempunyai simptom atau tanda kanser paru-paru, buatlah temu janji dengan doktor anda. Mereka akan melakukan penilaian berdasarkan sejarah perubatan anda, menilai sebarang faktor risiko yang mungkin ada, dan melakukan pemeriksaan secara fizikal. Doktor anda mungkin akan merujuk anda kepada pakar untuk ujian tambahan.

Oleh kerana ujian kanser paru-paru boleh terganggu, telah berlaku perdebatan dalam kalangan komuniti perubatan sama ada pemeriksaan umum untuk kanser paru-paru bermanfaat. Ada yang mengatakan, pemeriksaan itu meletakkan pesakit kepada risiko yang tidak perlu. Namun, oleh kerana individu yang berkemungkinan menghidapi kanser paru-paru ini tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga penyakit itu telah merebak, terdapat pendapat yang mengatakan pemeriksaan itu adalah kunci untuk mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal, tahap yang boleh dirawat. Doktor anda akan mencadangkan pemeriksaan sekiranya terdapat faktor yang dipercayai anda berisiko menghidapi kanser paru-paru.

Ujian fizikal

Doktor anda akan memeriksa badan anda, pernafasan anda, dan memeriksa jika terdapat hati atau kelenjar limfa yang bengkak. Anda mungkin akan dihantar untuk ujian jika disyaki terdapat kanser-paru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan.

Imbasan Tomografi Dikira

Imbasan tomografi (computed tomography, CT) dikira adalah sejenis sinar-x yang mengambil beberapa gambar dalaman ketika ia mengelilingi badan anda. Ini dapat memberikan gambaran lengkap tentang saiz, bentuk, dan lokasi jika terdapat ketumbuhan.

Bronkoskopi

Tiub yang nipis dan ringan (bronskopkop) akan dimasukkan melalui mulut atau hidung ke paru-paru untuk memeriksa bronkus dan paru-paru. Sampel sel mungkin diambil untuk pemeriksaan.

Sitologi sputum

Sputum, atau kahak, adalah cecair tebal yang terbatuk dari paru-paru. Sampel kahak akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik untuk mengesan sebarang sel kanser.

Biopsi paru-paru

Ujian pengimejan boleh mengesan ketumbuhan, tetapi ia tidak dapat menentukan sama ada ketumbuhan itu berbahaya (malignant) atau tidak berbahaya (benign). Berdasarkan penemuan awal, doktor mungkin mengarahkan pemeriksaan biopsi kepada tisu paru-paru dilakukan untuk memeriksa kewujudan sebarang sel kanser. Tisu biopsi ini akan dihantar untuk pemeriksaan ahli patologi.

Terdapat beberapa keadah biopsi paru-paru:

  • Thoracentesis – jarum panjang akan digunakan untuk mengambil sampel cecair (pleural effusion) antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru.
  • Aspirasi jarum halus – jarum halus akan digunakan untuk mengeluarkan tisu atau sampel cecair dari paru-paru atau kelenjar limfa.
  • Thoracoscopy – pemotongan kecil akan dibuat pada bahagian depan dan belakang dada untuk memeriksa tisu mengguna saluran tiub yang nipis.
  • Mediastinoscopy – doktor akan memasukan tiub yang ringan dan nipis melalui pemotongan kecil pada bahagian atas tulang dada untuk mengambil sampel tisu dan kelenjar limfa.
  • Thoracotomy – dada akan dibedah melalui pemotongan panjang untuk mengeluarkan kelenjar limfa dan sebarang tisu lain untuk pemeriksaan.
  • Endobronchial ultrasound – prosedut ini akan menggunakan gelombang bunyi untuk membawa bronkoskop ke bawah tekak untuk mengesan ketumbuhan. Jika wujud, sample dari bahagian yang berisiko akan diambil untuk biopsi.


Ujian untuk Penyebaran Kanser Paru-paru

Ujian lain mungkin diperlukan untuk mengesan sebarang penyebaran kanser yang mungkin berlaku (metastasis).

MRI (magnetic resonance imaging)

Ujian ini menggunakan gelombang magnet dan radio dan bukannya gelombang radiasi. Kaedah ujian ini sering digunakan dalam kes di mana kanser paru-paru disyaki telah merebak ke bahagian otak atau saraf tunjang.

Imbasan PET (positron emission tomography)

Dalam imbasan PET, prosedur ini akan menghantar gula yang mengandungi atom radioaktif ke dalam badan. Sel-sel kanser akan memakan gula ini dan kamera khas akan mengesan radioaktif, menghasilkan imej warna 3-D

Imbasan tulang

Sejumlah bahan radioaktif yang boleh dijejaki akan disuntik ke dalam saluran darah. Bahan radioaktif ini akan merebak pada bahagian tulang yang tidak normal. Ujian ini hanya akan dilakukan dalam kes di mana kanser dipercayai merebak ke bahagian tulang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Dr. Bassam Abdul Rasool Hassan Rawatan Kanser
Dr. Bassam Abdul Rasool Hassan merupakan pensyarah kanan di Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaysia. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Farmasi daripada Universiti Sains Malaysia dengan tesis berjudul Assessment of Chemotherapy Outcomes and Adverse Event Management Among Solid Cancer Patients of Penang Hospital. Beliau adalah pakar dalam rawatan kanser, polimorfisme genetik, penjagaan supportif dan palliatif. Beliau juga mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman sebagai ahli farmasi klinikal di Hospital Iraq (AL-Rasheed Hospital and AL-Eskan Hospital/Wad Onkologi). Dr. Bassam Abdul Rasool Hassan juga banyak menulis dalam beberapa penerbitan termasuk buku-buku mengenai arikel dan menyunting jurnal tulisan rakan seangkatan.
Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini