backup og meta

Cara Mengendalikan Kemarahan Dan Ketakutan Berkaitan Gangguan Tekanan Selepas Trauma

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Cara Mengendalikan Kemarahan Dan Ketakutan Berkaitan Gangguan Tekanan Selepas Trauma

    Masalah biasa yang berlaku selepas sesuatu kejadian traumatik adalah gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Anda mungkin merasa lega kerana terselamat, dan selepas itu akan hadir rasa takut dan kemarahan. Bagi sesetengah individu, rasa takut dan marah itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, anda boleh belajar untuk mengendalikannya bagi membantu diri anda untuk mengatasi gangguan ini dengan lebih mudah.

    Apa itu gangguan tekanan selepas trauma?

    Dirujuk sebagai post-traumatic stress disorder (PTSD), ia merupakan gangguan yang berlaku selepas kejadian trauma. Kejadian trauma yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan sesuatu yang berbahaya, boleh mengancam nyawa, menakutkan, atau mengejutkan sehingga cenderung menyebabkan tercetuskan reaksi fizikal dan emosi untuk membantu anda mengelakkan diri atau melindungi diri.

    Kebanyakan individu pulih dari reaksi ini secara semula jadi apabila masa berlalu. Namun, simptom itu tidak akan hilang, dan anda akan berisiko untuk mendapat masalah. Dalam situasi ini, anda mungkin mengalami PTSD dan jika anda mempunyai gangguan ini, anda akan merasa tertekan, walaupun anda tidak berada dalam situasi berbahaya atau mengejutkan.

    Malahan, anda mungkin merasa tidak rapat dengan sesiapa walaupun dengan keluarga anda sendiri. Perasaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian anda, dan lebih teruk lagi ia boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal mahupun mental.

    Ketakutan dan kemarahan dalam PTSD

    Takut dan marah adalah tindak balas normal selepas kejadian traumatik. Ia ibaratkan satu tindak balas yang sama seperti apabila anda berhadapan dengan tekanan dan masalah. Kemarahan juga membuatkan anda melupakan perkara lain di sekeliling anda. Jadi, pastikan anda sentiasa berwaspada untuk sebarang situasi bahaya.

    Satu penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang mengalami kejutan atau trauma semasa zaman kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mengawal emosi. Ia menyebabkan munculnya rasa takut dan marah dalam kehidupan pada masa akan datang.

    Rasa marah muncul apabila anda perlu berdepan dengan bahaya, tetapi akan hilang selepas peristiwa itu berlaku. Tetapi, jika anda mengalami PTSD, anda akan ‘hanyut’ dalam rasa marah dan takut serta hilang kawalan.

    Rasa marah dan takut sentiasa ada dan anda akan berada dalam mod bersedia. Kesannya, anda boleh bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu, dan ia sekaligus meningkatkan rasa marah dalam diri anda.

    Bagaimana mengawalnya?

    Anda boleh mengendalikan ketakutan dan kemarahan anda dengan melakukan perkara-perkara berikut:

    • Berjumpa doktor. Pelbagai rawatan tersedia untuk membantu. Anda boleh mendapatkan bantuan dari doktor atau psikologi untuk berbincang mengenai kemarahan dan ketakutan yang dihadapi. Mereka dapat membantu anda mengatasinya.
    • Bersendirian. Jika anda rasa marah terhadap keluarga atau rakan, cuba untuk bersendiri. Beritahu kepada mereka bahawa anda sedang marah dan memerlukan masa untuk bertenang, dan anda tidak mahu bertekak dengan mereka.
    • Fikirkan. Cuba fikirkan tentang apa yang anda takuti dan keluar dari rasa takut itu.
    • Bercakap. Jika terdapat sesiapa yang membuatkan anda marah, cuba untuk bercakap dengan mereka, dan fahami apa yang cuba disampaikan individu tersebut.
    • Catatkan. Apabila anda berasa marah atau takut, catatkan apa yang anda rasa. Cuba tentukan apa yang menyebabkan timbulknya rasa itu, cuba untuk ubahnya atau mengatasinya.
    • Bertenang. Cuba dengarkan muzik, menonton filem, membaca buku atau lakukan senaman. Ia mungkin memberikan ketenangan kepada anda.

    Rasa takut dan marah adalah tindak balas yang normal selepas anda menghadapi situasi yang mengejut atau menakutkan. Ia membantu anda untuk menjadi lebih bertenaga dan fokus untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, jika rasa ini tidak hilang walaupun kejadian itu telah lama berlaku, anda mungkin didiagnos dengan PTSD. Dalam isu ini, anda perlu belajar bagaimana untuk mengawal ketakutan dan kemarahan bagi mengekalkan emosi anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan