backup og meta

Bagaimana Ubat Anti-kemurungan Berfungsi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/11/2022

    Bagaimana Ubat Anti-kemurungan Berfungsi?

    Ubat anti-kemurungan digunakan untuk merawat kemurungan klinikal atau mengelak episod kemurungan berlaku semula. Ia juga boleh digunakan untuk merawat beberapa keadaan lain seperti:

    • Gangguan obses-keterlaluan (Obsessive-compulsive disorder) (OCD);
    • Gangguan kegelisahan umum (Generalized anxiety disorder);
    • Gangguan tekanan selepas trauma (Post-traumatic stress disorder) (PTSD).

    Walaupun ubat anti-kemurungan boleh merawat simptom-simptom gangguan mental tersebut, ia tidak selalu boleh merawat puncanya. Disebabkan itu, ia selalu digunakan dalam kombinasi dengan terapi untuk merawat kemurungan yang lebih serius atau keadaan kesihatan mental yang lain disebabkan oleh kemurungan secara emosi.

    Jenis ubat anti-kemurungan

    Terdapat beberapa jenis ubat anti-kemurungan:

    • Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIS);
    • Serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIS);
    • Tricyclics dan ubat berkaitan tricyclic;
    • Monoamine oxidase inhibitors (MAOIS);
    • Ubat anti-kemurungan lain.

    Kesemua jenis ubat anti-kemurungan bertindak pada bahan kimia yang sama pada otak dan menyebabkan kesan yang sama, tetapi jenis berbeza mempunyai struktur kimia yang berbeza dan mungkin mempunyai kesan sampingan yang berbeza.

    Bagaimana ubat anti-kemurungan berfungsi?

    Semua jenis ubat anti-kemurungan berfungsi dengan cara yang sama, walaupun terdapat pelbagai jenis yang lain- selalu dipanggil sebagai “keluarga”- yang berfungsi sedikit berbeza antara satu sama lain. Kesemuanya, meningkatkan tumpuan otak pada pelbagai bahan penghubung neuron (neurotransmitter).

    Tricyclic antidepressants (TCAs)

    Ia meningkatkan konsentrasi norepinephrine dan serotonin.

    • Paling lama di pasaran, pertama kali berkembang pada tahun 1950-an.
    • Ia berfungsi dengan memanjangkan tempoh noradrenaline dan serotonin berfungsi dalam otak.
    • Ia dipanggil “tricyclic” kerana struktur kimianya mempunyai 3 bulatan.
    • Ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini berbanding jenis ubat anti-kemurungan yang lain.

    Ubat berkaitan Tricyclic:

    • Ia mempunyai fungsi yang hampir sama dengan tricyclic, tetapi mempunyai sedikit perbezaan pada struktur kimianya.
    • Ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini berbanding jenis yang lain, tetapi ia kurang memberi kesan akibat antimuscarinic berbanding tricyclic.

    Monoamine oxidase inhibitor antidepressants (MAOIs)

    Ia termasuklah ubat-ubatan seperti:

    • Phenelzine;
    • Isocarboxazid;
    • Moclobemide.

    Berkenaan MAOIs:

    • Ia berfungsi dengan menyukarkan enzim (monoamine oxidase) yang memecahkan noradrenaline dan serotonin untuk melakukan tugas mereka, dan menyebabkan bahan kimia ini untuk kekal lebih lama di dalam badan.   
    • Ia juga mempunyai tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis makanan, jadi apabila anda mengambil MAOIs, anda perlu mengikut diet yang betul dan teliti.
    • Disebabkan tindak balas ini, anda tidak disarankan mengambil MAOIs kecuali anda sudah mencuba kesemua jenis ubat anti-kemurungan yang lain dan kesemuanya tidak berkesan ke atas anda.
    • Ia hanya boleh disarankan oleh doktor-doktor pakar.

    Kesan sampingan yang kerap berlaku dengan pengambilan ubat anti-kemurungan jenis TCA dan MAIO ialah:

    • Mengantuk;
    • Bertambah berat badan;
    • Mulut menjadi kering;
    • Sembelit;
    • Penglihatan kabur;
    • Pening;
    • Organ seksual tidak berfungsi dengan baik.

    Disebabkan kesan-kesan sampingan ini, doktor biasanya akan memberi preskripsi ubat anti-kemurungan yang terbaru. Untuk individu tertentu, ubat terkini tidak berfungsi seperti ubat-ubatan yang lama.

    Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs)

    Jenis antidepressi yang paling lazim disarankan oleh doktor dalam kumpulan selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), ialah:

    • Fluoxetine;
    • Paroxetine;
    • Fluvoxamine;
    • Sertraline;
    • Citalopram.

    Berkenaan SSRIs:

    • Ia pertama kali berkembang pada akhir tahun 1980-an, jadi ia telah digunakan hampir 30 tahun.
    • Ia berfungsi dengan menghalang pengambilan semula serotonin ke dalam sel saraf yang membebaskannya, dan memanjangkan tempoh fungsinya di dalam otak.
    • Kesan sampingan SSRI secara umumnya lebih mudah diatasi berbanding antidepressi yang lain.
    • SSRI ialah jenis anti-kemurungan yang paling lazim dalam preskripsi di UK.

    Fungsi utama SSRI ialah untuk meningkatkan konsentrasi serotonin. Sebenarnya, SSRI gagal berfungsi untuk kes kemurungan yang sederhana, dikatakan bahawa ia mengawal serotonin mungkin memberi rawatan tidak berapa efektif.

    Serotonin-norepinephrine reuptake inhibitor (SNRI)

    Anti-kemurungan jenis venlafaxine dikenali sebagai serotonin-norepinephrine reuptake inhibitor (SNRI). Ia meningkatkan konsentrasi serotonin dan norepinephrine.

    • Ubat jenis ini berkembang pada awal tahun 1990-an, jadi ia dikira sebagai salah satu jenis anti-kemurungan yang baharu.
    • Ia mempunyai fungsi yang hampir sama dengan SSRI, dengan maksud ia berfungsi lebih baik pada mensasarkan bahan kimia otak yang memberi kesan kepada perasaan/mood tanpa menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini dengan memberi kesan kepada bahan kimia yang lain dan pada bahagian-bahagian badan yang lain.
    • Ia kadang kala lebih cenderung digunakan untuk merawat kemurungan dan cemas yang teruk

    Sebagai nota sampingan: anti-kemurungan juga digunakan dalam preskripsi untuk merawat dan menguruskan penyakit-penyakit lain. TCAs, sebagai contoh, mempunyai jenis anestetik secara setempat (local) dan digunakan untuk merawat kesakitan kronik disebabkan oleh kecederaan saraf. SSRIs juga lazim disarankan oleh doktor untuk merawat pelbagai jenis gangguan cemas yang mempunyai punca sama melibatkan serotonin.

    Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan