backup og meta

6 Cara Mudah Untuk Mengatasi Masalah Sendi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/11/2022

    6 Cara Mudah Untuk Mengatasi Masalah Sendi

    Apabila mempunyai masalah sendi, anda mungkin terhad daripada melakukan aktiviti yang disukai.

    Malah anda mungkin perlu mengatasi kesakitan pada sendi itu dengan sebaiknya. Namun begitu, usah bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan sendi dalam keadaaan sihat dan mengelak dari kecederaan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana sendi dihasilkan?

    Sendi terjadi apabila dua tulang bergabung bersama yang terdiri daripada lutut, pinggul dan bahu. 

    Apabila berlaku kecederaan dan masalah sendi, ia boleh menyebabkan kesukaran pergerakan. Kecederaan sendi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya aktiviti fizikal boleh meningkatkan risiko kerosakan sendi ini. 

    Apabila anda semakin tua, tulang rawan mula lemah dan menjadi kasar. Lama kelamaan kerosakan tulang rawan boleh menyebabkan osteoartritis.

    Apa yang perlu anda lakukan untuk masalah sendi?

    Untuk menjaga masalah sendi, berikut merupakan beberapa petua yang boleh membantu:

    #1. Menggunakan perlindungan masalah sendi

    Anda harus mempertimbangkan pendakap atau perlindungan (padding) sebagai kawan terbaik apabila melakukan sukan berimpak tinggi seperti bola sepak atau sukan yang memerlukan pergerakan berulang seperti meluncur.

    Memakai pendakap adalah berguna untuk anda kerana ia memberi perlindungan kepada sendi.

    #2. Buat pemanasan badan

    Kebanyakan atlet profesional dan doktor memberi amaran agar tidak melangkaui pemanasan. Pemanasan badan sebelum senaman membolehkan tubuh anda menyesuaikan diri dengan pergerakan dengan lebih lancar.

    Luangkan masa anda untuk melakukan rutin pemanasan selama 5 hingga 10 minit sebelum bersenam.

    #3. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama

    Duduk atau berdiri sepanjang hari adalah berbahaya kepada sendi anda. Duduk atau berdiri untuk masa yang lama akan membuatkan sendi mengunci dalam kedudukan tersebut.

    Duduk terlalu lama juga akan memberi tekanan pada tulang belakang dan pinggul anda.

    Sementara itu, ketika berdiri pula ia akan menjejaskan sendi di pinggul, lutut, buku lali dan kaki. Ini mengurangkan pelinciran biasa sendi lalu menyebabkannya terkoyak.

    #4. Kekalkan berat badan yang sihat

    Mempunyai berat badan yang sihat tidak hanya membuat anda kelihatan hebat, malah ia juga akan mengurangkan tekanan pada sendi.

    Jika anda obes, kehilangan berat badan boleh mengurangkan kesakitan sendi dan membolehkan pergerakan lebih banyak.

    Satu kajian menunjukkan bahawa anda boleh mengurangkan risiko osteoartritis lutut sehingga 50% hanya dengan kehilangan sebanyak 5kg!

    #5. Masalah sendi – Bina tulang yang kuat

    masalah sendi

    Jangan lupa bahawa kalsium dan vitamin D memainkan peranan penting dalam meningkatkan sendi. Diet yang kaya dengan mineral penting akan membantu tulang anda menjadi lebih kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis.

    Tidak sukar untuk mencari sumber mineral ini.Anda boleh menemui kalsium dan vitamin D daripada produk tenusu, yogurt, brokoli, salmon dan lain-lain.

    Anda juga boleh mendapatkan suplemen kalsium dengan saranan daripada doktor.

    #6. Masalah sendi – Masukkan makanan yang sihat

    Akhir sekali, membekalkan sayuran dan buah-buahan yang sesuai untuk diet harian adalah cara yang baik untuk menyerap pelbagai nutrien.

    Anda boleh memasukkan saderi dan lobak merah, bunga brokoli, hirisan lada benggala dan melon ke dalam makanan anda.

    Menjaga kesihatan sendi  membolehkan anda menjadi lebih aktif dalam kehidupan dan kehidupan yang lebih bahagia. 

    Jika anda mengalami sebarang masalah dengan sendi, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan