Apakah Penyebab Parut Jerawat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jerawat adalah penyakit kulit yang disebabkan bakteria dan biasanya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada. Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat, yang mungkin memakan masa bertahun untuk sembuh. Jadi kefahaman tentang penyebab parut jerawat boleh membantu untuk menentukan kaedah rawatan yang berkesan.

Kenapa jerawat meninggalkan parut?

Menurut American Academy of Dermatology, terdapat hampir 80% pesakit jerawat menderita akibat parut.

Parut adalah hasil daripada proses penyembuhan luka yang dihasilkan badan. Jerawat merupakan antara salah satu kerosakan pada kulit, selepas keradangan ia akan meninggalkan parut. Kolagen yang musnah ketika keradangan akan mengakibatkan wujudnya parut seperti ‘cucukan jarum’ (ice pick) – ini kerana kulit kehilangan tisu dan sistem sokongan

Lebih malang lagi jika jerawat itu muncul pada bahagian muka, yang menyebabkan parut yang wujud membawa kepada hilang keyakinan diri kepada pesakit. Kolagen yang hilang akan menyebabkan parut akan lebih menonjol.

Jenis parut jerawat

Terdapat tiga jenis parut jerawat iaitu atrophic, hypertrophic dan keloid – menyebabkan parut yang wujud juga mungkin berbeza.

Parut jerawat atrophic merupakan antara parut jerawat biasa dialami. Parut ini diklasifikasikan sebagai ice pick, box scar, dan rolling scar. Parut ice pick atau seperti cucukan jarum ini mempunyai parut yang kecil (2mm), dalam dan kelihatan seperti bentuk V, bagi rolling scar adalah bersaiz agak besar (sekitar 4-5mm), berbentuk M. Manakala parut jerawat bentuk U dan agak luas adalah parut jerawat untuk jenis box scar.

Kolagen yang berlebihan atau berkurangan boleh menjadi punca kepada parut jenis hypertrophic dan keloid. Parut hypertrophic berlaku apabila kolagen hyalinized tebal dan berkumpul pada kulit. Biasanya ia mempunyai warna merah jambu. Manakala parut keloid mempunyai warna merah-ungu dan bersaiz agak kecil dari hypertrophic.

Jika anda merasa terganggu atau kemunculan parut yang kronik menjejaskan keyakinan diri anda, sebaiknya anda hubungi atau berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh dan rawatan yang betul. Pilihan untuk merawat jerawat terdiri daripada terapi semula jadi, ubatan ataupun pembedahan laser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut