backup og meta

Makanan untuk Ibu Berpantang (Bahagian 2)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/07/2020

    Makanan untuk Ibu Berpantang (Bahagian 2)

    Fokus utama ibu baharu adalah untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang selepas bersalin. Bagi mendapatkan kembali tenaga, ibu perlu banyak berehat dan menjaga pemakanan. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang bukan sahaja boleh membantu ibu kembali cergas dan sihat, tetapi juga baik untuk bayi, terutamanya jika ibu menyusukan bayi. Oleh itu, pemakanan semasa tempoh berpantang perlu dititikberatkan supaya ibu dan bayi mendapat khasiat secukupnya daripada makanan berpantang. Di bawah ini, kami sediakan beberapa makanan yang baik untuk ibu selepas bersalin.

    stay healthy

    Kacang

    Kacang mengandungi zat besi yang boleh membantu menambah darah dan memberi emosi yang baik. Selain itu, kacang juga boleh dijadikan snek sihat dan membantu anda untuk menghilangkan berat badan semasa hamil. Antara jenis kacang yang mengandungi banyak zat besi ialah kacang gajus, badam dan hazel. Kacang gajus dan badam juga dapat membantu dalam penghasilan susu badan.

    Lada hitam

    Selain kunyit yang boleh dijadikan bahan masakan untuk hidangan berpantang, lada hitam juga merupakan pilihan bahan popular untuk ibu selepas bersalin. Selalunya, makanan untuk ibu berpantang akan diletakkan lada hitam sebagai ganti kepada cili hijau dan merah. Masyarakat India percaya bahawa pori tubuh ibu terbuka semasa kelahiran, jadi ibu baharu memerlukan makanan yang ‘panas’.

    Bayam

    Bayam adalah makanan yang kaya dengan kalsium dan sering dijadikan menu wajib dalam diet ibu berpantang. Bayam juga mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin A dan C, serat dan zat besi; kesemuanya boleh menambah kiraan sel darah merah ibu selepas bersalin dan membantu anda cepat pulih.

    Letter C made of citrus fruits on the rustic blue background. Flat lay.

    Buah sitrus

    Penghasilan buah sitrus, seperti oren, dapat membantu tubuh anda menyerap zat besi dengan lebih baik, kerana kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, buah sitrus juga boleh meningkatkan penghasilan kolagen, yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin anda.

    Beras perang

    Anda tidak perlu memotong pengambilan karbo anda jika ingin segera mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil. Ini kerana, jika pengambilan kalori anda menurun dengan mengejut akan menjejaskan penghasilan susu badan anda. Pengambilan beras perang adalah pilihan bijak jika anda ingin menjaga pemakanan dan dalam masa yang sama membantu hasrat anda untuk menurunkan berat badan. Ini kerana beras perang boleh membakar tenaga secara berperingkat. Ia juga mengandungi tinggi serat, yang membantu pergerakan usus.

    Pengambilan makanan yang betul bukan sahaja membantu ibu memulihkan tubuh serta mengembalikan tenaga, tetapi juga membantu dalam merangsang penghasilan susu badan untuk diberikan kepada bayi baru lahir. Bagaimanapun, anda masih perlu kerap minum air yang penting untuk membantu penghasilan susu ibu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan