backup og meta

Nak Didik Si Manja Untuk Makan SAYUR? Ibu Boleh Cuba 9 Tip Ini, Diyakini Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/06/2022

    Nak Didik Si Manja Untuk Makan SAYUR? Ibu Boleh Cuba 9 Tip Ini, Diyakini Berkesan!

    Tidak dinafikan ada kanak-kanak yang begitu mudah untuk memakan sayuran dan buah-buahan. Namun boleh dikatakan kebanyakan anak susah makan sayur, bukan? Bertenang, ada cara yang boleh ibu cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Anak susah makan sayur?

    Situasi anak makan mee atau pasta sambil mengasingkan sayur adalah perkara biasa yang dilihat dalam keluarga. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dalam mendidik anak menggemari makanan berkhasiat.

    anak susah makan sayur

    Mengetahui bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan menu wajib yang perlu diambil setiap hari, jadi ibu bapa perlulah mengambil inisiatif untuk mendidik anak mereka menggemari kedua-dua makanan superfood ini.

    Bagaimana cara kalau anak susah makan sayur?

    Teruskan membaca tips-tips di bawah.

    Baca juga:

    Tips latih anak memakan buah & sayuran:

    1. Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa disediakan dalam makanan harian keluarga. Pelbagaikan pilihan buah dan sayur serta tawarkannya sebagai snek yang boleh diambil di antara waktu makan
    2. Sentiasa pastikan dua makanan ini berada dalam peti sejuk anda.
    3. Sediakan salad seperti garden salad atau caesar salad beberapa kali seminggu.
    4. Sesekali, tawarkan anak anda pasta vegan, dengan cara menggantikan daging atau ayam kepada sayur-sayuran.
    5. Jangan lupa untuk memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau atau oren dalam menu anda setiap hari kerana ia merupakan sumber vitamin A yang baik.
    6. Satu lagi sumber nutrien penting yang perlu diambil setiap hari ialah vitamin C. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah oren, limau gedang, strawberi, tembikai, tomato dan brokoli.anak susah makan sayur
    7. Selitkan buah atau sayur dalam setiap hidangan utama bersama keluarga, seperti, masukkan buah raspberi dalam bijirin pagi, beberapa potong buah-buahan atau salad dalam menu makan tengah hari anak anda atau buah potong untuk makan malam bersama keluarga.
    8. Perkara paling penting sebelum mendidik anak susah makan sayur untuk menggemari sayuran dan buah ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu menggemari dua jenis makanan ini dan menjadikannya amalan setiap hari.
    9. Anda juga boleh tawarkan anak jus buah-buahan. Sebaik-baiknya, berikan anak anda 100% jus buah-buahan tanpa gula.

    Dalam mendidik anak susah makan sayur dan buah untuk berubah pastikan jumlah yang diberikan adalah bersesuaian.

    Bersederhanalah dalam memberikan mereka kedua-dua jenis makanan ini.

    Ibu bapa disarankan untuk banyak meluangkan masa bersama anak-anak kerana terdapat kajian yang mengatakan bahawa kanak-kanak akan makan buah-buahan dan sayuran, serta kurang makan makanan yang tidak sihat semasa bersama keluarga mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan