backup og meta

Tip Memujuk Anak Makan Sayur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    Tip Memujuk Anak Makan Sayur

    Sewaktu anak anda masih kecil, waktu makan mungkin menjadi waktu yang sangat mencabar. Anda mungkin terpaksa menyediakan pelbagai jenis makanan yang kelihatan menarik untuk memujuknya makan. Tetapi, cabaran yang paling besar tentulah untuk memujuknya makan sayur-sayuran. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memujuk anak anda makan sayur:

    Makan dengan anak anda

    Jika memakan sayur-sayuran adalah salah satu aktiviti yang paling tidak disukai anak anda, pertimbangkan ini: Salah satu cara paling mudah untuk menjadikan anak anda berminat makan sayur-sayuran adalah dengan anda sendiri makan sayur-sayuran. Tidak percaya? Jika anda pernah melihat anak kecil anda “bercakap” di telefon anda atau cuba memakai kasut si ayah, anda pasti tahu betapa kanak-kanak suka meniru apa yang anda lakukan. Jadi jika anda makan sayuran dengan gembira, terdapat kemungkinan besar si peniru kecil akhirnya akan mengambil perhatian dan mula memakan. Tetapi jangan kecewa jika dia tidak mahukannya dengan serta-merta. Cuba sepuluh kali pengenalan sebelum dia mencuba makanan baru. Kemudian izinkan sehingga 15 percubaan sebelum dia membiasakan diri dengan rasa tersebut.

    Selitkan sayuran

    Sayur-sayuran yang dihancurkan boleh diselitkan dengan mudah dalam diet anak anda jika anda menambahnya ke dalam hidangan. Jika anak anda tidak makan sayur-sayuran, cuba bereksperimen dengan pencecah. Anda boleh mencecah sedikit sayuran hancur ke atas epal atau buah pir, roti bakar atau pelbagai makanan lain. Anda juga boleh memasukkan sayuran dalam masakan telur anak anda.

    Beri mereka pilihan

    Orang dewasa sendiri pun tidak menyukai semua jenis sayuran. Anak anda sememangnya boleh mengelakkan makan sayur-sayuran tertentu yang tidak mereka sukai. Satu perkara yang boleh membantu anda adalah hakikat bahawa anak anda gemar makanan berwarna-warni. Anda boleh mendedahkannya kepada lebih banyak warna dengan memperkenalkan pelbagai jenis sayuran ke dalam pinggan mereka. Tetapi walaupun orang dewasa cenderung menyukai campuran rasa, kanak-kanak sering memilihnya berasingan. Oleh itu, anda mungkin lebih bernasib baik jika cuba membuat hidangan sayuran yang berasingan dan bukannya semangkuk sayuran satu warna.

    Biarkan mereka makan sekadarnya

    Sekarang anda patut menyedari bahawa tugas anda hanyalah untuk membeli makanan yang betul, mempersiapkannya dengan berkhasiat (dikukus berbanding direbus, dibakar dan bukan goreng), dan menghidangkan secara kreatif. Selebihnya terpulang kepada anak anda. Berapa banyak mereka makan, bila mereka makan, sama ada mereka makan atau tidak, belajar untuk tidak menyalahkan diri jika anak anda sedang melalui peringkat cerewet memilih makanan.

    Ganjaran tingkah laku yang baik

    Selain itu, mencipta pengalaman makan yang positif dapat menurunkan kecenderungan anak anda cerewet memilih makanan. Kajian telah menunjukkan bahawa memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang mencuba satu gigitan makanan yang tidak disukainya dengan ganjaran seperti pelekat menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk mencuba makanan. Mereka juga lebih berkemungkinan untuk mempunyai tanggapan positif terhadap makanan tersebut pada masa akan datang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan