Tip Melancong Bersama Anak-Anak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Melancong boleh mengurangkan tekanan, mengembalikan keseimbangan dan memberi inspirasi. Malah, ia juga mungkin memberikan anda memori yang tidak dapat dilupakan. Walau bagaimanapun, proses persediaan dan persiapan boleh menjadi rumit, terutama apabila anda akan membawa anak anda bersama. Berikut beberapa tip melancong bersama anak-anak yang mungkin boleh anda pertimbangkan.

Persediaan

Anda harus sentiasa bersedia dan bersabar untuk perkara-perkara yang tidak terduga dari anak anak anda, sebagai contoh, ingin ke tandas atau untuk berjalan-jalan. Pastikan anda menyediakan masa tambahan dalam jadual perjalanan anda kerana ia adalah normal untuk kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu tentang segalanya, terutama ketika melancong kerana ia merupakan waktu untuk anda bergembira dengan anak-anak.

Pakaikan anak anda pakaian yang sesuai dan selesa mengikut tempat yang akan anda pergi. Pastikan anda tidak lupakan lampin pakai buang, untuk perkara yang tidak terduga jika anak anda kencing atau membuang air besar ketika dalam penerbangan. Anda pastinya gembira kerana telah bersedia lebih awal.

…dan lebih banyak persediaan

Sediakan tisu basah antibakteria dan hand sanitizer di dalam beg anda kerana anda pasti memerlukannya selepas makan atau apabila tiada kemudahan mencuci berdekatan anda. Kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan dan bahaya, jadi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan bersih tidak bermakna mereka akan sentiasa sihat. Jadi pastikan anda bersedia dengan ubat-ubatan biasa. Jangan lupa termometer, sekiranya anak anda selsema atau demam.

Selain itu, itu membuatkan mereka tidak membuat bising atau mengganggu penumpang lain ketika dalam penerbangan atau dalam perjalanan, anda boleh menyediakan barangan mainan, buku mewarna atau peranti kecil dengan permainan dan aplikasi yang akan membuatkan mereka terleka.

Jangan biarkan mereka hilang

Melancong bermakna anda dan anak-anak berada di suatu kawasan baru, jika anak anda sudah cukup dewasa, anda perlu memberikan arahan kepada anak-anak anda, seandainya sesuatu yang buruk berlaku.

Anda boleh memberikan mereka sekeping kertas dengan nombor telefon atau alamat hotel, malahan anda juga boleh menuliskan nombor telefon di lengan anak anda. Kehilangan anak atau anak anda tersesat pastinya menjadikan percutian anda satu mimpi buruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.