backup og meta

Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan kepada Bayi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2023

    Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan kepada Bayi?

    Pernah tak anda mendengar saranan untuk memberikan seusu kambing kepada si manja. Tetapi sesuaikah susu kambing untuk bayi? Ikuti perkongsian artikel berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Sesuai ke susu kambing untuk bayi?

    Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk menyusukan bayi dengan susu badan, mungkin kalian pernah dicadangkan atau mendengar mengenai saranan untuk memberikan bayi anda susu kambing. 

    Susu kambing sememangnya mengandungi khasiat yang baik untuk badan manusia dan bagi individu yang beragama Islam, memberi anak meminum susu kambing adalah dikatakan mengikut sunnah Nabi.

    Berikut adalah beberapa kebaikan susu kambing yang baik untuk kesihatan badan, antaranya:

    susu kambing untuk bayi

    Sistem penghadaman

    Susu yang dihasilkan daripada kambing berbeza dari segi kandungan proteinnya berbanding susu lembu.

    Susu daripada kambing mengandungi kandungan kasein yang lebih rendah, menjadikan kadar proteinnya lebih tinggi. 

    Kadar kasein kepada protein yang lebih rendah ini membantu untuk memudahkan penghadaman berbanding susu lembu yang mempunyai kadar kasein kepada protein yang lebih tinggi.

    Ini kerana ia membawa kepada pembentukan globul lemak yang lebih kecil dan juga pembentukan dadih (curd) yang lebih lembut.

    Alahan

    Keadaan intolerans laktosa adalah disebabkan oleh kekurangan enzim lactase dalam badan seseorang itu. Enzim ini berfungsi untuk menghadam gula utama dalam susu iaitu laktosa.

    Apabila seorang penghidap intoleransi laktosa (alahan susu) mengambil susu, laktosa yang tidak dihidrolisis ini akan ditapai oleh bakteria-bakteria yang terdapat di dalam usus besar. 

    Proses penapaian ini akan menyebabkan pembentukan gas dan juga pelepasan asid lemak bebas.

    Tindakan tersebut akan mengakibatkan simptom-simptom seperti kembung perut, cirit-birit, ketidakselesaan perut dan juga kerap membuang angin.

    Oleh yang demikian, ia dikaitkan dengan masalah intoleransi laktosa yang lebih rendah. Susu yang diperoleh daripada kambing mengandungi laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu.

    susu kambing untuk bayi

    Kandungan mineral dan vitamin

    Secara keseluruhan, kandungan mineral dan juga vitamin yang terdapat dalam susu kambing adalah lebih tinggi daripada kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam susu badan manusia.

    Susu badan manusia hanya mengandungi satu per empat hingga satu per enam sahaja daripada kandungan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam susu yang dihasilkan oleh kambing.

    Dari sudut vitamin dan zat-zat lain, susu daripada kambing mengandungi jumlah iodin yang lebih tinggi berbanding susu manusia.

    Ia juga membekalkan vitamin A dan niacin yang mencukupi, di samping vitamin-vitamin baik yang lain seperti thiamin, riboflavin dan juga asid pantotenik.

    Namun, bagaimana pula dari aspek kesesuaian mengikut faktor usia si manja, adakah susu kambing untuk bayi sesuai diberikan terutamanya kepada anak yang baru lahir?

    Baca juga:

    Tidak disarankan susu kambing untuk bayi

    Walaupun susu kambing mungkin menawarkan kebaikan dan manfaat yang diperlukan oleh badan.

    Namun menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), susu kambing adalah tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi di bawah usia 1 tahun.

    Ini adalah kerana sumber nutrisi yang terkandung di dalam susu kambing tidak menepati keperluan dan nutrisi yang diperlukan bayi untuk proses tumbesaran.

    Sebaiknya, jika tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif, mungkin disebabkan faktor masalah kesihatan, pilihlah susu formula lembu yang diperkayakan dengan zat besi.

    Sekiranya bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi dengan susu lembu, bawa si manja untuk pemeriksaan doktor atau pakar pemakanan.

    Mereka dapat membantu menentukan jenis susu yang sesuai untuk diberikan kepada bayi. 

    Sekiranya anda memilih untuk memberikan susu kambing untuk bayi 1 tahun keatas, beberapa perkara perlu dititikberatkan.

    susu kambing untuk bayi

    Pastikan anak mendapat nutrisi penting lain yang diperlukan daripada pengambilan makanan lain tinggi kandungan folat, seperti:

    • Sayuran berdaun hijau
    • Buah-buahan
    • Bijirin tinggi kandungan asid folik 

    Apa pun susu yang ingin anda berikan, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai kesesuaian bayi dengan susu tersebut.

    Penting untuk memastikan susu tersebut memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental bayi

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan