9 Tanda Anda Terkena Sihir Pemisah, Zaman Moden Pun Ada Yang Suka Main ‘Kotor’ Begini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mei 18, 2020

Sukar untuk dipercayai tetapi tiada apa yang mustahil apabila dendam beraja di hati. Percaya atau tidak, dalam kehidupan serba moden dan canggih ini, masih ada lagi individu yang menggunakan sihir pemisah dan khurafat untuk memuaskan rasa iri hati.

Sihir pemisah, perbuatan keji

Tiada hujan tiada ribut, ikatan perkahwinan yang dahulunya bahagia dan disulami rasa kasih dan sayang, kini hanyalah dipenuhi rasa benci saat menatap wajah pasangan.

Itu adalah antara penunjuk apabila sesebuah hubungan itu terkena sihir atau santau.

Sihir tafriq atau lebih mudah dikenali sebagai sihir pemisah ini adalah satu perbuatan yang haram untuk dilakukan bagi individu yang beragama Islam. 

Hal ini kerana ia menggunakan unsur syirik iaitu satu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan, selain daripada Allah.

Pasangan yang terkena amalan khurafat bertujuan untuk memisahkan hubungan terjalin akan mengalami kesukaran untuk bersama sehingga wujudnya kebencian, permusuhan dan akan sering berlaku perbalahan antara suami isteri. 

Apabila keadaan seperti ini kerap terjadi, jalan penyelesaian yang sering diambil adalah perpisahan.

Sering kali penceraian yang berlaku akibat perbuatan tidak bermoral ini dilakukan oleh individu yang mempunyai rasa tidak puas hati dan berniat jahat untuk merosakkan ikatan perkahwinan tersebut.

Tanda-tanda terkena sihir pemisah

Bagi pasangan suami isteri, dikatakan berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh dilihat jika anda dan pasangan mungkin terkena santau ini:

  • Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin. Jika melakukannya pun, seolah-olah terpaksa
  • Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah
  • Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah
  • Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh
  • Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil
  • Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan
  • Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk
  • Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah
  • Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya

Jika anda dan pasangan melalui perkara yang di senaraikan di atas, penulis sarankan untuk melakukan ikhtiar bagi merawat dan memulihkan keadaan.

Kini sudah terdapat pelbagai kaedah perubatan Islam boleh membantu anda. Jangan biarkan sehingga rumah tangga yang dibina selama bertahun musnah begitu sahaja. 

Waspada 

Penulis tidak menafikan penulis sendiri sukar untuk mempercayai kewujudan perkara sebegini, apatah lagi pada zaman teknologi ini.

Namun, apabila terkena individu yang rapat dengan penulis, ia membuatkan penulis sedar dendam boleh membuatkan seseorang individu melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati.

Anda tidak memerlukan musuh untuk mengalami santau pemisah ini.

Wujudnya individu yang cemburu dan tidak suka melihat kebahagiaan rumah tangga anda, sudah cukup membolehkan perkara khurafat ini untuk berlaku. 

Tidak salah mempamerkan kebahagiaan, namun bukan semua individu di sekeliling kita gembira dengan kebahagiaan yang kita lalui.

Sebaiknya, berwaspadalah. Usah terlalu menonjolkan kebahagiaan dalam media sosial. Berhati-hati itu lebih baik, bukan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penceraian: Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

Penceraian bukanlah satu perkara yang mudah. Ia satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dan ia bukan satu proses yang mudah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

8 Tabiat Boleh Menamatkan Perkahwinan, Menurut Ahli Terapi

Tabiat harian anda boleh merosakkan perkahwinan anda. Penyelidikan mendakwa bahawa terdapat banyak perkara kecil yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang dapat menunjukkan masalah yang serius dalam hubungan. Berita ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Artikel lain untuk anda

Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada April 10, 2020
Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada Mac 20, 2020
Trend Mengadu di Media Sosial Konflik Rumah Tangga, Bagus Ke?

Trend Mengadu di Media Sosial Konflik Rumah Tangga, Bagus Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada September 23, 2019
Penceraian: Jodoh Tidak Berpanjangan, Bagaimana Menghadapinya?

Penceraian: Jodoh Tidak Berpanjangan, Bagaimana Menghadapinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada Jun 24, 2019