backup og meta

Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Lelaki

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 28/11/2019

    Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Lelaki

    Ketidaksuburan dalam kalangan lelaki merupakan masalah kritikal keibubapaan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor keadaan kesihatan, faktor persekitaran dan faktor gaya hidup.

    Faktor-Faktor Keadaan Kesihatan

    Pertamanya, masalah-masalah testis yang membawa kepada ketidaksuburan terdiri daripada masalah seperti varikosele atau testis yang gagal untuk turun. Varikosele menyebabkan bilangan sperma yang berkualiti berkurangan manakala testis yang gagal untuk turun ke kantungnya meningkatkan kemungkinan kemandulan dalam lelaki. Seterusnya, kemandulan boleh disebabkan jangkitan termasuk jangkitan kelamin seperti gonorrhea, HIV atau keradangan epididmis (epididymitis) atau testis (orchitis). Tambahan lagi, terdapat juga kemungkinan kesilapan di mana sperma diserang oleh antibodi badan atau berlakunya tumor pada sistem reproduktif. Selain itu, masalah pembentukan tiub sperma seperti kecederaan daripada pembedahan, jangkitan lama, trauma atau masalah perkembangan tiub boleh menggangu kelancaran aliran sperma. Akhir sekali, terdapat juga kejadian seperti masalah ejakulasi terbalik (air mani naik ke pundi kencing), gangguan hormon (paras testosteron yang rendah), masalah hubungan seks dan juga penyakit celiac (alah kepada gluten).

    Faktor-Faktor Persekitaran

    Persekitaran mempengaruhi kesuburan lelaki. Pendedahan yang melampau terhadap faktor-faktor persekitaran tertentu memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif lelaki. Contohnya, pendedahan yang melampau terhadap bahan kimia industri seperti benzene, toluene, xylene, racun serangga, pelarut organik dan bahan cat mengurangkan kualiti sperma; pendedahan kepada sinar X menghalang daripada pembentukan sperma yang normal. Logam berat dan suhu yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.

    Faktor-Faktor Gaya Hidup

    Mengekalkan gaya hidup yang sihat mempunyai impak yang signifikan terhadap kebarangkalian kemandulan. Faktor seperti meminum arak, dadah, merokok, stress dan berat badan berlebihan atau terlalu kurang meningkatkan risiko ketidaksuburan. Penyalahgunaan dadah yang digunakan untuk membesarkan otot misalnya, mengecilkan saiz testis dan menurunkan penghasilan sperma; alkohol menyebabkan testosteron menurun sekaligus membawa kepada masalah seperti masalah ereksi; dan stres menyebabkan ketidakstabilan hormon.

    Penting untuk kita tahu punca-punca utama ketidaksuburan dalam kalangan lelaki untuk memastikan pilihan gaya hidup kita adalah sihat dan terbaik untuk kesuburan.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan