Pendidikan Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk belajar menggunakan aplikasi pendidikan yang mempromosikan kaedah pembelajaran menarik untuk mendapatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek.
Anak anda akan mempunyai akses yang lebih luas kepada capaian maklumat global dalam masa yang singkat dan pantas. Malah, mereka turut boleh membuat nota kajian di telefon pintar dan merakam sesi pembelajaran agar mereka boleh mendengarnya berulang kali.
- Kekal berhubung
Memberikan anak telefon pintar memberikan anda kemudahan untuk membuat perubahan perancangan dalam masa yang pendek atau perancangan yang bersesuaian dengan kehidupan anda.
Sebagai contoh, anda boleh memberitahu anak anda untuk membeli roti dalam perjalanan pulang dari sekolah atau memberitahu mereka bahawa anda mungkin akan sampai sedikit lewat kerana kesesakan lalu lintas.
Sekiranya anda perlu bertugas di luar kawasan, anda akan dapat mengekalkan perhubungan dengan anak melalui mesej, panggilan atau pun panggilan video.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen