backup og meta

5 Perkara yang Mungkin Anda Tidak Tahu Apabila Bergelar Ibu Bapa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2020

    5 Perkara yang Mungkin Anda Tidak Tahu Apabila Bergelar Ibu Bapa

    Kehidupan untuk bergelar ibu dan bapa sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Anugerah anak yang ingin dimiliki merupakan satu penyeri atau sumber kebahagian rumah tangga setiap pasangan. Tetapi adakah apa yang akan berlaku selepas kurniaan cahaya mata akan menjadi sama seperti jangkaan anda? Adakah segalanya akan berubah? Atau masih sama seperti sebelum anak-anak dilahirkan? Ikuti artikel ini bagi mengetahui perkara-perkara yang mungkin anda tidak jangkakan berlaku atau berubah setelah anak-anak ini dilahirkan. 

    • Anda akan lebih menghargai ibu bapa anda sendiri

    Jika dahulu semasa anda kecil, anda mungkin tidak terlalu menganggap segala perkara yang dilakukan oleh ibu dan bapa anda sebagai sesuatu yang hebat. Mungkin anda hanya menganggap ia sebagai perkara harian yang dilakukan oleh ibu dan bapa anda seperti memasak sarapan, mencuci pakaian, dan menghantar anda ke sekolah. Selepas anda memiliki anak dan melalui perkara yang sama seperti yang telah dilalui oleh ibu bapa anda, pandangan anda pasti berubah. Anda akan lebih menghargai segala jerih dan usaha ibu dan bapa anda dalam membesarkan anda. 

  • Kehidupan sosial anda terjejas

  • Apabila bayi anda telah dilahirkan, segala keutamaan akan diberikan kepada si kecil anda terlebih dahulu. Kehidupan sosial anda akan menjadi satu perkara paling akhir yang hendak difikirkan. Ini kerana anda hanya akan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama anak anda hampir setiap jam dan minit. Anda hanya boleh merancang untuk meneruskan kehidupan sosial anda apabila anak anda tidur. 

    • Mula kurang tidur

    Jika dahulu anda kekurangan tidur disebabkan oleh masa yang dihabiskan dengan menonton bola sepak lewat malam atau bermain permainan video sepanjang malam. Kini, anda tahu bahawa tangisan bayi atau anak kecil anda akan menjadi punca utama anda tidak boleh melelapkan mata dan terpaksa berjaga sehingga mereka tidur kembali. Anda akan tahu betapa seriusnya kesan akibat daripada kekurangan tidur yang anda alami. Satu kajian mendapati bahawa, ibu baharu mempunyai tahap keletihan yang siginifikan walaupun setelah 18 minggu setelah melahirkan anak. 

    • Sukarnya menjaga barang-barang yang cantik

    Inilah tempoh dimana anda akan mula berpisah dengan segala hobi dan koleksi anda. Segala figura anime yang dibeli dengan harga ratusan ringgit hanya akan menjadi mainan dan gigitan anak anda. Dinding putih rumah anda akan mula menjadi kanvas seni luahan bakat lukisan anak anda. Koleksi pakaian anda akan mula tidak dihiraukan dan hanya akan menjadi pakaian harian anda di rumah atau mungkin anda tidak lagi memakainya.

  • Perancangan hanya tinggal perancangan

  • Anda mungkin menghabiskan masa berbulan-bulan merancang berkenaan apakah jenis atau kaedah keibubapaan yang anda ingin terap dan gunakan. Walau bagaimanapun, segalanya mungkin tidak mengikut seperti yang dirancangkan memandangkan anda hanya akan “go with the flow” atau tidak menjangkakan sebarang perkara yang mungkin terjadi. Apa yang penting, anda perlu kekal fleksibel dalam membesarkan anak anda kerana anda tidak mengetahui karakter sebenar si kecil anda. 

    Sekarang anda mungkin telah mendapat sedikit idea bagaimana sesuatu perkara boleh berubah secara drastik yang anda juga mungkin tidak sedari sejak kehadiran si kecil dalam kehidupan anda. Banyak lagi perkara-perkara lain yang mungkin akan berubah bergantung kepada kesediaan anda dan karakter anak anda. Ingatlah, si kecil anda mampu mengubah kehidupan anda 360 darjah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan