Pereputan Gigi Anak Anda: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pereputan gigi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan penggunaan botol susu mereka. Ini kerana gigi boleh mereput akibat pendedahannya kepada cecair manis yang mengandungi gula seperti (susu ibu, susu formula dan jus buah-buahan) dalam tempoh yang lama. Bakteria di dalam mulut akan bergerak balas dengan gula lalu mengeluarkan asid yang boleh merosakkan gigi. Ini akan menyebabkan gigi mereput dan keadaan ini dikenali sebagai baby bottle tooth decay (BBTD).

Apakah petanda dan simptom baby bottle tooth decay?

Berbeza dengan kaviti yang selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kondisi ini akan menyerang bahagian hadapan gigi anak anda yang jelas kelihatan. Kebanyakan ibu bapa tidak akan perasan akan gejala ini kerana kerosakan gigi ini pada mulanya tidak akan terlihat sehinggalah lapisan enamel gigi terhakis dan memperlihatkan gigi yang sudah reput.

Sebaiknya, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor gigi sekiranya anda perasan gigi anak anda mulai rosak atau anak anda mengadu sakit pada bahagian mulut mereka.

Apa yang perlu dilakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh membantu mencegah pereputan gigi berlaku. Ini termasuklah mempraktikkan penjagaan gigi mulut pada awal usia anak anda lagi. Berikut merupakan apa yang boleh dilakukan untuk mengelak pereputan gigi:

  • Bersihkan dengan lembut menggunakan pad atau kapas yang bersih setiap kali selepas makan
  • Mula berus gigi anak anda tanpa menggunakan ubat gigi sejurus gigi pertamanya mulai tumbuh
  • Bersihkan dengan lembut bahagian gusi yang masih belum tumbuh gigi
  • Flos gigi anak anda selepas ia mulai tumbuh
  • Pastikan anak anda mendapatkan florida yang mencukupi untuk membantu menghilangkan kaviti. Jika air di kawasan anda diami tidak mempunyai florida, berhubunglah dengan doktor gigi atau doktor anda untuk mendapatkannya
  • Bawa anak anda berjumpa doktor gigi menjelang ulang tahun pertama kelahirannya untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu takut untuk menghentikan sesuatu tabiat buruk anak anda, Cuba halang anak anda daripada melakukan tabiat seperti menggigit botol susu semasa tidur untuk mengurangkan risiko pereputan gigi dengan:

  • Secara beransur-ansur, cairkan kandungan botol dengan air selama 2 hingga 3 minggu
  • Setelah tempoh itu tamat, isi botol tersebut dengan air putih

Sentiasa ingat bahawa penjagaan gigi anak anda semasa kecil akan memberi kesan kepada kesihatan gigi dan mulut dewasa kelak

Bagaimana menghalang pereputan gigi daripada berlaku?

Berikut merupakan beberapa tip untuk menghalang berlakunya pereputan gigi:

  • Jangan isi botol anak anda dengan cecair yang mengandungi kandungan gula seperti gelatin, punch atau minuman berkabonat
  • Cuba tidurkan anak anda dengan botol air berisi air putih sahaja bukannya jus, susu atau minuman lain
  • Beri anak anda yang berumur 6 hingga 12 bulan hanya susu formula di dalam botol
  • Alihkan botol susu setelah anak anda sudah tertidur
  • Elakkan anak anda untuk berjalan dengan botol susu sebagai pengganti puting palsu. Selain itu, jangan biasakan anak anda dengan puting palsu serta jangan celupkan puting palsu mereka ke dalam madu atau sebarang bentuk sirap atau gula
  • Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan sekitar berusia 6 bulan. Berhenti menggunakan botol apabila mereka sudah mencecah usia 12 hingga 14 bulan
  • Hadkan jus kepada 6 auns sahaja pada setiap sajian

Tip penjagaan gigi anak anda:

  • Setiap kali selepas makan, lapkan gigi dan gusi anak anda dengan menggunakan pad atau kapas yang bersih untuk menanggalkan plak
  • Mula berus gigi anak anda sejurus gigi mulai tumbuh. Jadikan ia sebagai rutin bersama sebelum anda tidur. Jika anak anda sudah mula meningkat usia, gunakan pad atau kapas lembut berserta ubat gigi yang tidak mempunyai florida dan sapukannya perlahan-lahan pada gigi mereka. Anda boleh mula menggunakan ubat gigi dengan florida apabila anak anda sudah pandai untuk meludahkannya semula selepas memberus gigi. Pastikan anak anda menggunakan berus gigi yang lembut dan kecil selain amaun ubat gigi yang sedikit sahaja
  • Mula flos gigi anak anda apabila semua gigi susu sudah tumbuh (biasanya sekitar berusia 2 ½)
  • Jika anak anda berusia 6 bulan atau lebih, anda boleh mula gunakan sumber air atau suplemen yang mempunyai florida
  • Periksa gigi anak anda dengan kerap dan bawa mereka berjumpa doktor apabila kesemua gigi susu anak anda sudah tumbuh pada usia 2 hingga 3 tahun

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut