Pedofilia: Bagaimana Peranan Ibu Bapa Dalam Hal Ini?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pedofilia adalah satu isu global yang menjijikkan. Bukan sahaja berlaku di luar negara, namun permasalahan ini juga terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimana perana ibu bapa dalam menangani isu ini?

Guna gambar palsu

Tular di laman media sosial  Twitter, mengenai perkongsian status sebuah akaun yang didakwa milik seorang ‘guru’ yang merakam aksi seks dengan ‘anak murid’. Sahihkah penularan berita ini? Dan jika ia benar, ini menunjukkan institusi pendidikan sudah tidak selamat lagi.

Lebih mengejutkan, gambar profil yang digunakan pada akaun Twitter tersebut dikatakan kepunyaan seorang doktor, Dr Ubaidillah Zulkefli yang kini bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan. Doktor yang berusia 28 tahun ini menyatakan bahawa gambarnya telah dimanipulasikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Akaun yang aktif sejak tahun 2018 ini mempunyai pengikut lebih daripada 12,000. Ia secara tidak langsung menunjukkan pedofilia ini bukanlah satu isu yang boleh dianggap remeh dan perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. 

Jadi apakah yang perlu dilakukan ibu bapa untuk mencegah permasalahan ini?

Tangani pedofilia

Keinginan untuk melindungi anak pastinya naluri semula jadi bagi individu yang bergelar ibu bapa. Sebagi ibu bapa sudah tentu anda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan anak-anak anda.

Naluri untuk melindungi ini juga bahaya dan perkara yang tidak menyenangkan membuatkan wujudkan kesukaran untuk berbicara mengenai pedofilia dengan anak. Penulis tidak menafikannya, sebagai ibu berasakan anak penulis tidak perlu mengetahui tentang isu yang menjijikkan ini. 

Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesilapan kerana anak-anak berhak mengetahui tentang kewujudan masalah ini. Mengajar mereka tentang pedofilia akan dapat membantu mereka mengelakkan diri daripada perkara yang tidak bermoral ini. 

Langkah pencegahan

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membanteras isu yang tidak bermoral ini:

  1. Berbual mengenai seks

Perkara pertama adalah untuk mempunyai satu hubungan jujur, terbuka dan saling mempercayai antara ibu bapa dan anak. Berikan penerangan yang sewajarnya mengikut kesesuaian usia mengenai seks dan libatkan mengenai isu biologi dan emosi. 

Jika anak yakin mereka boleh bercakap dengan ibu bapa mengenai seks, pastinya ia akan memudahkan mereka untuk bercakap mengenai pedofilia, jika mereka berasakan didekati atau dieksploitasi oleh individu tidak bermoral ini. 

  1. Bincangkan tentang kasih sayang dan perhubungan selamat

Langkah seterusnya adalah untuk membincangkan dengan anak mengenai apa itu kasih sayang dan perhubungan yang selamat. Jelaskan kepada mereka hubungan yang selamat harus membuatkan mereka berasa selesa, disokong, gembira dan selamat. 

Dalam masa yang sama, terangkan kepada anak-anak mengenai hubungan yang tidak selamat, bersifat eksploitasi dan harus dielakkan. Pastikan anak memahami konsep persetujuan dan tanamkan dalam diri mereka keyakinan diri untuk mengatakan ‘tidak’ apabila berasa tidak selesa. 

  1. Jelaskan mengenai peratusan mengenai individu yang tertarik kepada anak-anak

Apabila ibu bapa merasakan anak sudah boleh memahami dan matang, perjelaskan pula mengenai individu dewasa yang mempunyai masalah keadaan mental yang tertarik kepada kanak-kanak. 

Oleh kerana majoriti penyalahgunaan dan eksploitasi seksual dilakukan oleh saudara-mara dan rakan-rakan keluarga, pentingkan anak-anak memahami bahawa pedofilia bukan hanya melibatkan individu asing.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut