Mogok Sekolah: Bagaimana Mengatasinya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Persekolahan merupakan satu tanda tempoh peralihan dalam kehidupan setiap individu untuk mengembangkan rasa berdikari dan menyesuaikan diri dengan peringkat berpisah daripada ibu bapa dan berjumpa dengan individu baru. Tidak dinafikan, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi pelajar dalam kehidupan bersekolah. Sesetengah cabaran adalah mudah untuk diselesaikan, namun ada juga yang sukar. Jika masalah tersebut dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, perasaan negatif seperti ketakutan, kemurungan, dan kegelisahan mungkin akan wujud dari semasa ke semasa, yang akhirnya mewujudkan gangguan psikologi yang dipanggil ‘mogok sekolah’.

Walaupun usia umum untuk gangguan ini bermula adalah dari 10 hingga 13 tahun, risiko mogok sekolah ini tidak terhad kepada sebarang jantina, etnik dan kumpulan usia.

Simptom mogok sekolah

Jika simptom berikut berlaku berulang kali selepas anak anda memulakan persekolahan, berkemungkinan besar ia adalah tingkah laku mogok sekolah yang mungkin wujud:

  • Sikap tidak normal seperti agresif, penafian, keletihan, kemurungan, kegelisahan sosial, ketakutan dan panik.
  • Sikap mencari perlindungan yang berlebihan.
  • Suka berkepit dengan individu dewasa secara berlebihan.
  • Mengamuk atau menangis apabila perlu ke sekolah.
  • Melarikan diri daripada sekolah atau rumah.
  • Cuba untuk lambat, tiba ke sekolah selambat yang boleh.
  • Cuba mendapatkan keizinan untuk tidak hadir ke sekolah atau kerap untuk mendapatkan rawatan harian untuk masalah fizikal seperti kekejangan perut, sakit kepala atau mual. Walau bagaimanapun, simptom ini hilang sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke rumah.

Punca mogok sekolah

6 punca yang biasanya menjadi penyebab utama:

  • Kesukaran untuk bersosial seperti pengucapan awam, pengasingan, konflik atau dibuli dengan rakan.
  • Kesukaran dalam akademik seperti kesukaran dalam hal berkaitan gred atau kegelisahan ujian.
  • Kesukaran atau konflik dengan guru.
  • Kegelisahan perpisahan, iaitu rasa takut sesuatu mungkin berlaku kepada mereka atau ibu bapa mereka apabila berpisah.
  • Peristiwa traumatik seperti kesakitan atau kematian ahli keluarga atau perpisahan atau perceraian ibu bapa.
  • Manfaat yang diperolehi apabila duduk di rumah seperti dapat menonton televisyen, bermain permainan video atau meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Langkah penyelesaian mengatasi mogok sekolah

  • Pengenalan dan pengintegrasian secara berperingkat untuk ke sekolah dan kelas. Pelajar mungkin hanya menghadiri sesi makan tengahari dan menghadiri beberapa kelas kegemaran untuk peringkat permulaan bagi beberapa hari. Peningkatan secara berperingkat dan berterusan ini untuk memberikan pelajar pendedahan terhadap persekitaran yang membuatkan pelajar merasakan bahawa tiada apa yang perlu ditakuti apabila menghadiri kelas.
  • Pertemuan tidak formal bersama guru. Ini membolehkan penyelesaian sebarang salah faham yang timbul kepada anak anda kepada guru mereka dan juga dalam masa yang sama memperkukuhkan ikatan antara kedua-dua pihak.
  • Perbincangan mendalam. Ini dapat membantu untuk lebih memahami masalah dan kebimbangan serta ketakutan dari akar umbi, sekali gus mencari pendekatan yang sesuai untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mei 3, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan