backup og meta

Mengapa Perlu Memperkenalkan Muzik kepada Kanak-kanak Prasekolah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

    Mengapa Perlu Memperkenalkan Muzik kepada Kanak-kanak Prasekolah?

    Kanak-kanak di usia prasekolah biasanya sudah mula meminati muzik dan mempunyai lagu kegemaran mereka sendiri. Ini juga boleh berlaku dengan adanya sokongan daripada ibu bapa yang sering mendengar muzik sepanjang berada di dalam kereta. Namun, tahukah anda bahawa usia kanak-kanak prasekolah juga adalah umur yang ideal untuk anda mengembangkan kemampuan dan minatnya terhadap muzik?

    Mendengar muzik

    Kanak-kanak yang membesar dengan mendengar muzik, menyanyikan lagu dan bergerak mengikut rentak lagu mungkin mempunyai pelbagai citarasa, bauan, tekstur, warna dan bunyi. Pengalaman muzikal adalah cara yang berkesan untuk membantu mencipta lorong, juga dipanggil sambungan urat saraf. Mendengar muzik adalah kunci untuk mencipta sambungan. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam muzik boleh membuatkan sambungan saraf yang kuat.

    Mari lakukan bersama

    Kanak-kanak prasekolah sudah boleh mengikuti rentak. Anda boleh membantu anak anda untuk berlatih kemahiran ini dengan cara menggalakkan mereka mendengar rentak lagu – dan memberitahu sama ada rentak mereka stabil ataupun tidak – dalam aktiviti sehari-harian. Berlatih menepuk tangan atau mengetuk mengikut irama lagu kegemaran mereka dan merangsang anak anda untuk meniru perbuatan anda.

    Menari bersama ibu bapa

    Cara paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan memasang muzik dan menari bersama dengan anak anda. Gerakkan badan anda mengikut irama dan tempo muzik. Berlatih ‘meniru gaya tari’ dengan meminta anak anda meniru pergerakan dan kemudian membiarkan anak anda mengetuai tarian untuk anda ikuti.

    Pengalaman muzikal boleh menjadi lebih visual melalui pergerakan dan beberapa alatan. Dengan menggabungkan muzik dan pergerakan dapat membantu kanak-kanak belajar untuk menguruskan tubuh mereka. Belajar kawalan fizikal adalah langkah pergerakan penting dan boleh merangsang kemahiran penumpuan dan kawalan kendiri di kemudian hari.

    Ringkaskan

    Walaupun sesetengah program pengenalan muzik adalah sesuai untuk kanak-kanak prasekolah, namun kebanyakan kanak-kanak pada usia ini lebih berminat kepada pengenalan instrumen muzik yang lebih kasual. Berikan mereka kayu ritma atau satu set loceng pada setiap belah tangan mereka dan kemudian mainkan. Anda juga boleh sediakan bijian, beras, manik, kacang ataupun objek kecil lain dan diletakkan dalam mangkuk atau kotak plastik, kemudian pasangkan lagu kegemaran anak anda dan mainkan mengikut irama lagu tersebut.

    Berlatih menggunakan instrumen

    Jika terdapat instrumen muzik di rumah, anda mungkin boleh menyuruh anak mula bermain bagi mencipta mood mereka. Anda boleh menggalakkan anak anda dengan cara memainkan muzik yang sesuai untuk anak anda ikuti. Corak latihan – menggunakan instrumen ritma atau tangan anda, dan ciptakan corak berirama pendek.

    Terapkan anak anda untuk merasai muzik

    Berikut terdapat beberapa cadangan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada muzik:

    – Menyanyi atau mendengar lagu di dalam kereta, ataupun semasa anda melakukan kerja-kerja rumah dan semasa anak bermain. Gunakan instrumen muzik yang mudah untuk kanak-kanak dapati. Anda juga boleh membeli mainan muzik yang mesra kanak-kanak dan letakkannya di dalam bilik anak anda.

    – Pastikan anak anda diberikan peluang untuk menyanyi dan bermain alat muzik ringkas, bergoyang mengikut muzik dan mencipta muzik. Anda boleh bertanyakan kepada guru mereka lagu yang sering dimainkan di kelas supaya anda juga boleh turut menyanyi bersama anak di rumah.

    – Galakkan anak anda untuk menyertai kelas muzik di prasekolah.

    – Bawa anak anda ke persembahan muzik ‘live’, terutama yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah. Dan, selepas menyaksikan konsert bersama-sama, rangsang anak anda untuk melakukan persembahan untuk anda sekeluarga di rumah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan