backup og meta

Menangani Masalah Remaja Melarikan Diri dari Rumah

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Menangani Masalah Remaja Melarikan Diri dari Rumah

    Remaja merupakan umur kepada anak muda menghadapi pelbagai jenis masalah, sama ada dengan diri mereka ataupun dengan kehidupan. Situasi yang menyukarkan di sekolah atau di rumah boleh mencetuskan idea untuk melarikan diri dari rumah.

    Mengapa Remaja Melarikan Diri dari Rumah?

    Terdapat pelbagai sebab yang mendorong remaja untuk melarikan diri, di antaranya:

    Daripada remaja sendiri:

    • Ketagihan (ketagihan siber, permainan video, dan dadah)
    • Memberontak
    • Penahanan di rumah oleh ibu bapa
    • Perancangan untuk melarikan diri oleh teman lelaki

    Daripada keluarga dan kawasan persekitaran:

    • Konflik ibu bapa atau penceraian
    • Kurang kasih sayang di antara ahli keluarga
    • Penderaan
    • Masalah kewangan
    • Kawasan kediaman bermasalah

    Tanda-tanda remaja yang mungkin melarikan diri dari rumah:

    • Perubahan mood yang luar biasa
    • Rupa berubah (turun berat badan atau kesihatan diri tidak dijaga)
    • Kurang keyakinan diri
    • Kemurungan atau mengasingkan diri
    • Mengelakkan interaksi dengan orang lain
    • Gagal dalam keputusan peperiksaan secara tiba-tiba atau selalu ponteng kelas
    • Mempunyai idea untuk bunuh diri
    • Menipu dan mencuri
    • Penyalahgunaan dadah atau alkohol
    • Menyimpan senjata berbahaya

    Bagaimanakah untuk mencegah remaja melarikan diri?

    Menjaga hubungan kekeluargaan. Jangan biarkan hubungan kekeluargaan rosak atau terlalu tegang. Sekiranya terdapat perbalahan, cuba untuk pujuk mereka selepas bergaduh. Pastikan anak anda tahu walaupun apa yang terjadi, anda akan menyayangi mereka tanpa berbelah bahagi.

    Jika mereka ingin berkongsi masalah mereka, jadilah pendengar yang baik. Dengarkan kepada pandangan, perasaan, emosi dan tunjukkan yang anda memahami mereka.

    Jadilah rakan sebaya kepada anak anda. Tanya mereka tentang hari mereka, berbincang tentang masalah keintiman, atau berkongsilah masalah dengan mereka. Dengan itu, anda boleh mengetahui sekiranya terdapat masalah yang dihadapi anak anda dan mengenal pasti risiko untuk dicegah.

    Jadilah teladan kepada anak anda. Ajarkan kemahiran hidup kepada mereka (kemahiran menyelesaikan masalah atau tanggungjawab). Perkara penting yang mereka harus pelajari adalah untuk cuba menyelesaikan masalah; melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.

    Jangan ambil kebebasan mereka. Berikan ruang kepada anak anda untuk bernafas. Mereka memerlukan ruang dan hak untuk meneroka perkara baru. Terlalu mengawal akan memberikan tekanan kepada anak anda.

    Jangan cabar anak anda untuk melarikan diri. Pada usia tersebut, sebarang pencetus negatif atau perkataan boleh mendorong kepada situasi yang tidak diingini.

    Bagaimanakah untuk bertindak balas selepas anak anda melarikan diri?

    Meskipun pelbagai usaha yang telah anda lakukan, anak anda mungkin akan melarikan diri. Walaupun begitu, semuanya akan selesai apabila anak anda pulang ke rumah. Sekarang, respon anda adalah penting untuk mengelakkan masalah ini berulang.

    Jangan marah atau pukul mereka. Perbuatan sebegini akan menyakitkan mereka sama ada dari segi mental atau fizikal.

    Pastikan mereka tahu yang anda sangat risaukan mereka.

    Galakkan mereka untuk memberitahu apa yang terjadi dan mengapa mereka melarikan diri. Ia adalah penting untuk mengetahui sebab berlakunya kejadian ini untuk masa akan datang. Cuba bersabar, gunakan nada yang lembut dengan menggunakan bahasa yang matang dan menyakinkan.

    Jangan tanya terlalu banyak sekiranya mereka enggan berkongsi. Dalam kes ini, individu yang dipercayai oleh anda dan anak anda mungkin boleh membantu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan