backup og meta

Bagaimanakah Memupuk Sikap Toleransi Pada Anak Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2022

    Bagaimanakah Memupuk Sikap Toleransi Pada Anak Anda?

    Masyarakat kita merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, kaum dan tradisi. Disebabkan itu, individu perlu mempunyai sikap toleransi tanpa memprejudiskan mana-mana pihak. Sikap ini perlu dipupuk sejak awal lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memupuk sikap toleransi pada anak.

    Dunia ini adalah bervariasi

    Sikap ingin tahu kanak-kanak akan menjadi lebih besar kelak apabila mereka meningkat remaja kerana mereka mula mengenali bahawa dunia ini sebenarnya adalah bervariasi dengan pelbagai jenis masyarakat. Ketika ini, mereka juga akan mula belajar mengenai sikap-sikap manusia. Sebagai ibu bapa, bantu anak anda untuk menghadapinya.

    Apakah itu sikap toleransi?

    Toleransi adalah satu sikap keterbukaan dan hormat terhadap individu lain dalam masyarakat. Ia juga bermaksud mempelajari sesuatu daripada perbezaan individu lain serta mempelajari gaya hidup mereka. Namun begitu, sikap toleransi itu perlu ada hadnya. Kelakuan yang menentang moral dan agama tidak perlu untuk ditoleransikan.

    Tip-tip memupuk sikap toleransi pada anak

    #1. Penggunakan media

    Penyebaran risalah melalui media boleh membentuk minda kanak-kanak. Oleh itu, gunakan media seperti buku, muzik, seni atau rancangan televisyen untuk menyebarkan mesej toleransi kepada anak anda. Bersama anak anda, ibu bapa boleh menunjukkan contoh sikap stereotaip dan tidak adil yang dipaparkan media.

    #2. Penggunaan perkataan

    Selepas belajar daripada media, anak anda perlu tahu mengenai perkataan yang boleh mendatangkan prejudis yang akan menyakiti hati individu lain. Elakkan perkataan-perkataan seperti ini daripada memasuki minda anak anda dengan menghalang mereka daripada menggunakannya. Sebaliknya, ajar mereka untuk menggunakan perkataan yang agak lembut dan semula jadi.

    #3. Pendedahan

    Lebih banyak kanak-kanak terdedah dengan gaya hidup yang berbeza, lebih mudah mereka untuk menerimanya. Oleh itu, beri peluang kepada mereka untuk belajar, bekerja atau bermain dengan individu yang berbeza dengan mereka. Ketika di rumah, puji dan ajar mereka berkenaan perbezaan itu adalah satu tradisi yang sangat penting dalam membentuk jati diri individu. Selain itu, ajar mereka bahawa keunikan itu adalah sesuatu perkara yang indah dan jangan pernah berasa terasing daripada sesuatu masyarakat. Dengan ini, mereka akan lebih berasa disayangi dan dihormati lalu perasaan yang positif ini akan menjadikan mereka modal insan yang lebih baik.

    #4. Jadi contoh yang baik

    Paling penting, anda juga perlu menjaga keperibadian anda. Jika anda mahu anak anda mempunyai sikap toleransi, anda juga perlu mempunyainya. Anak anda akan mencontohi sikap ibu bapa mereka, jadi anda perlu berhati-hati dengan kelakuan anda. Sama ada sengaja atau tidak, kelakuan anda yang tidak menunjukkan contoh toleransi yang baik akan menjadikan mereka berasa toleransi adalah tidak penting.

    Mengajar sikap toleransi adalah bahagian paling penting dalam pembangunan modal insan diri kanak-kanak yang merupakan kunci kejayaan pada masa depan. Mereka yang mempunyai sikap ini akan mempunyai lebih banyak peluang dalam pelbagai aspek hidup mereka. Ibu bapa perlu membantu mereka dalam memupuk sikap ini ke dalam diri bagi membantu mereka menjadi versi diri yang terbaik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan