backup og meta

Membantu Anak Anda Menangani Stres

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Membantu Anak Anda Menangani Stres

    Sepertimana orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami stres. Sekolah, kehidupan sosial, dan masalah keluarga boleh menimbulkan tekanan dan membebani kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mereka menangani stres dengan cara yang sihat.

    Memberi perhatian

    Anda harus memberitahu anak anda sekiranya anda mengesan sesuatu telah berlaku kepada mereka. Cuba lakukannya dengan cekap seperti pemerhatian yang biasa. Mereka akan berasa dihargai dan disayangi dengan begitu.

    Berhenti menyusun jadual yang padat

    Menghadiri pelbagai kelas di sekolah untuk masa yang lama, menyertai aktiviti luar kurikulum, menyiapkan kerja rumah, dan sebagainya merupakan salah satu sebab utama yang menjadikan kanak-kanak terlalu sibuk. Daripada anda memaksa anak anda melakukan perkara yang anda inginkan, lebih baik anda biarkan mereka mempunyai masa untuk merehatkan minda dan badan mereka. Selepas menjadi segar, mereka akan bersedia untuk melakukan apa sahaja.

    Sediakan masa untuk bermain

    Anda harus mengajak anak anda menyertai aktiviti luar bersama-sama seperti bermain bola keranjang atau bola sepak, berbasikal, berenang, dan sebagainya. Menggabungkan permainan dan aktiviti luar adalah idea yang bernas kerana anak anda boleh berehat dan meningkatkan sistem imuniti pada masa yang sama.

    Ajar anak anda untuk memahami tubuh badan mereka

    Perkara penting yang kita perlu tahu adalah untuk mengetahui apa yang berlaku kepada tubuh badan kita. Anak anda perlu belajar mengesan apa yang tidak kena dengan tubuh mereka. Ini adalah kerana mereka terlalu muda, dan kadangkala, mereka tidak mengerti apa yang sedang terjadi. Sebagai contoh, jika mereka sedang marah, anda boleh menyuruh mereka menarik nafas panjang untuk bertenang dan mencari punca masalah. Atau, sekiranya mereka mengalami sakit kepala, mereka harus mendapatkan bantuan daripada guru atau ibu bapa mereka. Apabila mereka letih daripada aktiviti sekolah, mereka perlu berehat untuk menenangkan diri.

    Hadkan stres seboleh mungkin

    Stres boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah kerja rumah, rakan-rakan, hubungan sosial. Beritahu anak anda bahawa terdapat pelbagai cara untuk berbuat sesuatu selain daripada menjadi tertekan dengan perkara tersebut. Tunjukkan mereka cara-cara untuk bertenang dan melawan stres. Sebagai contohnya, jika mereka menyertai pelbagai aktiviti selepas sekolah dan menyebabkan stres terhadap kerja rumah, ia mungkin lebih utama untuk mengehadkan aktiviti kurikulum dan memberi perhatian yang lebih kepada kerja rumah.

    Jadilah rakan kepada anak anda

    Kadangkala, anak anda mungkin tidak mahu bercakap tentang masalah mereka dengan anda. Daripada anda bertanya mereka dengan berterusan, yang mana boleh menambahkan lagi tekanan, anda hanya perlu berada di samping mereka. Biarkan anak tahu bahawa anda selalu berada di sisi mereka apabila mereka mahu bercakap. Anak anda adalah sensitif dan mereka takut sekiranya ditinggalkan. Anda dan anak anda boleh melakukan perkara yang menggembirakan seperti bersiar-siar, menonton wayang, atau masak makan malam. Apabila anak anda bersedia, mereka akan bercakap.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan