“Masa anak tidur, cubalah bercakap dengan dia. Cakap benda elok-elok.” Haaa…ibu-ibu sekalian pernah tak dapat nasihat macam ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
“Masa anak tidur, cubalah bercakap dengan dia. Cakap benda elok-elok.” Haaa…ibu-ibu sekalian pernah tak dapat nasihat macam ini?
Kalau anda melakukannya seperti yang dinasihatkan, adakah anda tahu kebaikan daripada perbuatan anda itu? Jom Hello Doktor nak kongsikan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bercakap dengan si comel anda ketika mereka sedang tidur adalah merujuk kepada perbuatan yang dipanggil sebagai affirmative sleep talking. Ia adalah seperti hipnosis.
Bertenang, jangan fikir bukan-bukan. Ia bukanlah satu perkara yang menakutkan.
Apa yang dimaksudkan dengan affirmative sleep talking ini adalah anda membisikan kata-kata positif kepada bayi anda pada saat mereka melelapkan mata.
Perbuatan ini pada asasnya dapat membantu minda untuk ‘berinteraksi’ dengan perkataan yang anda bisikan.
Bisikan seperti, “Besar jadi anak yang pandai”, “Mama sayangkan Husna” dan “Husna kena jadi budak baik” adalah antara kata-kata yang boleh anda bisikan kepada si manja anda.
Kaedah yang dianggap seperti terapi bicara ketika tidur ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada anak anda ketika dia masih bayi sehinggalah dia berusia 12 tahun.
Ia dipercayai dapat membentuk keyakinan diri pada anda dan membantunya untuk membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Beberapa manfaat lain yang akan diperoleh si manja daripada terapi ini adalah seperti:
Tempoh yang terbaik adalah selepas 40 hingga 50 minit pertama selepas mereka tidur.
Ini kerana pada saat ini minda di bawah sedar masih terjaga dan terbuka untuk menerima sebarang kata-kata positif.
Baca juga:
Mungkin ada antara anda yang meragui keberkesanan kaedah ini. Namun, penulis sendiri tidak menafikan turut melakukan kaedah ini.
Tidak ada rugi kalau kita mencuba. Ia mungkin dianggap sebagai satu perbuatan yang mudah.
Tetapi hakikatnya ia memberikan satu perasaan yang kuat dan asas keyakinan yang tinggi dalam minda separuh sedar si manja. Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen