backup og meta

Keselamatan Siber Kanak-kanak

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Keselamatan Siber Kanak-kanak

    Kebanyakan kanak-kanak pada hari ini gemar meluangkan masa di rangkaian sosial. Meskipun rangkaian sosial mempunyai banyak kelebihan, terdapat juga risiko yang turut hadir bersama. Berikut merupakan antara tip keselamatan siber untuk memastikan keselamatan anak anda semasa menggunakan internet.

    Jelaskan kepada anak anda tentang bahaya rangkaian sosial

    Menurut kajian, kanak-kanak akan berhadapan dengan situasi bahaya sekiranya mereka berhubung dengan individu tidak dikenali melalui ruang sembang peribadi serta memberikan maklumat peribadi mereka. Paling bahaya, mereka turut keluar berjumpa dengan individu tidak dikenali tersebut. Selain itu, gejala “sexting iaitu perbuatan bertukar-tukar pesanan atau mesej yang berbaur seksual dan gangguan seksual secara siber semakin membimbangkan kini. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan prihatin terhadap penggunaan rangkaian sosial anak anda.

    Anda tidak perlu untuk menghalang anak anda untuk menggunakan rangkaian sosial secara total sebaliknya anda boleh menjelaskan kepada mereka tentang bahaya rangkaian sosial ini. Selain itu, sentiasa ingatkan anda tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika sedang melayari rangkaian sosial.

    Tip keselamatan siber untuk kanak-kanak

    • Pesan kepda anak anda untuk segera mengadu kepada anda sekiranya mereka ternampak atau terjumpa sebarang bentuk kandungan yang tidak menyenangkan di internet.
    • Pesan kepada mereka untuk tidak memberikan sebarang maklumat peribadi seperti alamat atau nombor telefon kepada sesiapa sekalipun tanpa bertanya kepada anda terlebih dahulu.
    • Pesan kepada mereka untuk tidak sesekali keluar bersama individu yang tidak dikenali yang baharu mereka kenal secara atas talian. Jika anda berasa perjumpaan itu adalah selamat, anda perlu meminta anak anda untuk berjumpa dengan individu tersebut di tempat awam yang terbuka atau anda sendiri hadir sama dalam perjumpaan tersebut.
    • Ajar anak anda tentang tatacara memuat naik gambar swafoto mereka atau individu lain. Sentiasa ingatkan mereka untuk memastikan gambar swafoto tersebut tidak menunjukkan apa-apa unsur seksual di mata individu lain.
    • Pesan kepada anak anda untuk tidak sesekali bergaduh atau mencetuskan kemarahan pengguna lain di dalam rangkaian sosial.
    • Pesan kepada anak anda untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang terlarang dalam rangkaian sosial.
    • Benarkan mereka untuk menggunakan internet untuk sekian waktu dan hadkan laman sesawang yang boleh atau tidak dilayari oleh mereka. Pastikan mereka akan mematuhi arahan anda ini sebelum anda membenarkan mereka menggunakan internet.
    • Pesan kepada anak anda untuk tidak beritahu sesiapa berkenaan sebarang kata laluan rangkaian sosial mereka.
    • Bagi memastikan keselamatan mereka, anda perlu pastikan anak anda tahu mengenai laman sesawang yang mereka layari dan sebarang peranti yang mereka muat turun. Ingatkan mereka untuk sentiasa berhati-hati ketika memuat turun sebarang peranti secara atas talian kerana mungkin terdapat virus yang berupaya merosakkan komputer anda atau lebih menakutkan lagi mencuri informasi peribadi anda seperti nombor akaun bank atau data peribadi anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan