Seperti yang kita sudah sedia maklum, badan kanak-kanak adalah sangat lemah dan masih belum mempunyai sebarang imuniti di dalam badan.
Imuniti semulajadi dalam badan kanak-kanak hanya akan dibentuk sejurus anak anda mendapat sesuatu penyakit dan sembuh daripadanya.
Proses ini sangat berisiko dan kadang-kadang boleh membawa maut. Oleh itu, suntikan vaksin pada seawal usia anak anda merupakan cara terbaik bagi mengelakkan mereka menderita penyakit tersebut kelak!
#2. Anak anda yang masih kecil sangat mudah dijangkiti penyakit
Anak-anak yang masih kecil mempunyai sistem imun yang sangat lemah kerana sistem imun mereka belum lagi berkembang sepenuhnya.
Oleh itu, suntikan vaksin sangat membantu dalam pengembangan sistem imun lantas menguatkannya.
Program Imunisasi Kebangsaan (jadual imunisasi kanak-kanak) menyarankan kanak-kanak diberi suntikan vaksin seawal kelahiran lagi untuk memastikan mereka selamat dari segala kemungkinan penyakit.
#3. Anak anda masih berisiko mendapat penyakit meskipun kelihatan sihat
Anda tidak boleh menilai tahap kesihatan anak anda berdasarkan luaran sahaja. Meskipun kelihatan sihat dan kuat, penyakit-penyakit berbahaya boleh menyerang mereka bila-bila masa sahaja.
Oleh itu sebagai tindakan berjaga-jaga, ibu bapa seharusnya memastikan anak mereka mendapatkan suntikan vaksin seawal usia lagi bagi menjamin kesihatan anak sepanjang mereka membesar kelak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen