backup og meta

Apa Anda Perlu Buat Jika Anak Tidak Mendengar Kata Anda (Bahagian 1)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/07/2021

    Apa Anda Perlu Buat Jika Anak Tidak Mendengar Kata Anda (Bahagian 1)

    Pernahkah anda berada dalam senario di mana waktu makan malam semakin hampir, tetapi anak anda masih duduk menonton televisyen (TV)? Anda cuba memanggil mereka untuk makan tetapi tiada guna, anak anda masih melekat di hadapan TV. Jika ini telah beberapa kali terjadi, anda mula naik marah. Walau bagaimanapun, bertenang sebentar dan fikirkan begini: ia adalah sesuatu yang normal apabila sesekali anak tidak mendengar kata anda.

    Kanak-kanak selalunya tidak mendengar kata orang dewasa atas beberapa sebab: Mereka mungkin memberi lebih perhatian kepada apa yang mereka sedang lakukan, atau anak tidak mendengar kata anda, atau kadangkala mereka tidak mengendahkan anda dengan bersebab. Semasa peringkat perkembangan, kanak-kanak meningkatkan skil kognitif mereka dan cuba untuk bertindak sebagai orang dewasa. Maka, mereka mungkin mahu melakukan perkara dengan cara mereka sendiri.

    Jika anak anda tidak mengendahkan anda atau anak tidak mendengar kata anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan bertanyakan diri anda sendiri: “Mengapa anak-anak berbuat seperti itu? Apa yang mereka inginkan?” Anda perlu meletakkan had kepada apa yang anak anda boleh lakukan dan apa yang tidak boleh mereka lakukan. Biarkan mereka tahu jika mereka tidak mengendahkan atau tidak mendengar kata anda, mereka akan mendapat balasan. Apabila mereka sudah bertenang dan boleh berbicara, duduk bersama anak anda dan berborak dengan mereka. Anda perlu cuba untuk tidak menjerit atau meninggikan suara kepada anak anda kerana mereka tidak mendengar kata anda. Ini hanya akan membuatkan hubungan anda lebih teruk.

    Berikut adalah beberapa situasi di mana anak anda mungkin tidak mendengar cakap anda ataupun mengendahkan anda. Dalam kes sebegini, anda perlu menggunakan pendekatan yang lembut dan bijak dengan anak anda.

    Situasi jika anak tidak mendengar kata:

    Anak saya menolak untuk berjumpa dengan orang lain

    Jika anak anda menolak untuk bersalam dengan tetamu rumah ataupun saudara-mara, ini akan menjadi tabiat buruk dan dikira sebagai kelakuan yang biadap. Oleh itu, berbanding dengan memarahi anak di tempat kejadian dan menjadikan ianya sukar untuk semua orang, anda sebaliknya perlu menunggu sehingga tetamu anda pulang, kemudian anda boleh bercakap dengan anak anda. Anda boleh nyatakan: Ibu dan ayah boleh melayan kawan-kawan adik dengan baik kalau adik juga melayan tetamu ibu dan ayah dengan baik. Jika tidak, ini yang akan berlaku.”

    Beritahu anak anda akibat daripada kebiadapan mereka. Contohnya, anda akan hadkan penggunaan telefon mereka, gajet dan juga TV. Pastikan hukuman yang anda kenakan adalah jelas dan mudah mereka fahami.

    Jika anak anda cuba untuk menjawab, jangan kembali menjawab kepada mereka, sebaliknya, anda perlu katakan, “Jangan bercakap dengan ibu seperti itu, kita akan berbincang semula selepas adik sudah tenang,” dan kemudian terus berlalu meninggalkan mereka.

    Anak saya tidak bertegur sapa dengan adik-beradik mereka 

    Dalam keluarga dengan anak-anak yang mempunyai jurang umur yang cukup besar, atau jika kanak-kanak selalu bermain dengan sepupu yang bukan sama baya dengan mereka, anda akan lihat anak anda berkelakuan sama besar seperti adik-beradik atau sepupunya. Jika ini terjadi kepada anak anda, anda perlu bercakap dengan anak anda yang muda dan biarkan mereka tahu bahawa abang/kakak/ sepupu mereka sedang membesar dan hanya ingin bermain bersama dengan mereka yang besar sahaja, bukannya mereka membenci anak anda.

    Pada masa yang sama, bercakap dengan anak anda yang lebih tua dan biarkan mereka tahu bahawa mereka sedang mengecilkan hati adik mereka dengan tidak mengendahkan adiknya. Anda boleh katakan kepada anak anda, “Abang dah besar dan kuat, tetapi abang dah melukakan ibu dengan cara melukakan adik.”

    Adakalanya walaupun kanak-kanak memerlukan sedikit ruang untuk diri mereka sebelum boleh baik kembali dengan orang lain. Ajar anak anda untuk lebih rapat dengan semula jadi berbanding dengan hanya memaksa mereka berinteraksi antara satu sama lain.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Anda mungkin berminat membaca artikel:

    • Bagaimana Televisyen Bantu Anak Anda Belajar?
    • “Time Out”: Hukum Anak Dengan Cara Paling Berkesan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan