Ujian lain yang mungkin dilakukan untuk mengukur jumlah sel darah merah dalam badan ialah ujian hemoglobin serum, kiraan retikulosit, dan jumlah darah lengkap.
Semua ujian ini memberi maklumat tentang sel darah merah di dalam badan. Ujian-ujian ini juga boleh membantu doktor untuk mendiagnosis anemia hemolitik.
Semasa ujian dilakukan, adalah penting untuk memberitahu doktor tentang diet dan ubat-ubatan yang sedang anda ambil dan makan.
Butiran dan maklumat ini boleh membantu doktor untuk mendiagnosis.
Untuk bayi yang baru lahir dan mengalami masalah demam kuning atau jaundis yang tidak berkurangan, maka ujian penyakit G6PD mungkin dilakukan untuk menolak kekurangan enzim. Ia boleh dilakukan dengan salah satu ujian atau gabungan ujian yang disebutkan di atas.
Adakah masalah kekurangan ini boleh dirawat?
Sehingga kini, tiada rawatan spesifik yang boleh membantu melawan dan menghilangkan masalah kekurangan enzim G6PD daripada badan.
Namun, ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang kerana kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan enzim ini masih boleh menjalani kehidupan aktif, sihat dan normal seperti kanak-kanak lain selagi tidak terdedah atau didedahkan kepada punca atau faktor yang boleh mencetuskan hemolisis.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen