backup og meta

Cara Potong Kuku Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Cara Potong Kuku Bayi

    Kuku bayi yang semakin panjang boleh menyebabkan bayi mencalarkan muka dan tubuh mereka sendiri, jika anda tidak memotong kukunya.

    Bagaimana untuk potong kuku bayi

    Sebelum memotong kuku anak anda, terdapat beberapa perkara yang perlu anda persiapkan seperti menyediakan pengetip kuku yang bersih, yang dibuat khas untuk jari bayi yang kecil. Jika anda takut berlakunya kecederaan semasa memotong kuku bayi, sediakan beberapa bola kapas. Pastikan anda sentiasa merias kuku bayi pada tempat dengan pencahayaan yang cukup terang untuk melihat apa yang anda lakukan. Bagi merias kuku bayi, ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

    – Potong kuku jari bayi anda mengikut bentuk jari-jarinya.

    – Potong kuku jari kaki secara melurus.

    – Gunakan papan emeri untuk meleper dan meratakan bucu yang kasar.

    – Bersihkan dan buang pelapik jari daripada kuku untuk mengelakkannya terbenam dalam kulit bayi.

    – Pastikan anda sentiasa memegang tangan bayi semasa proses memotong kuku, namun jangan terlalu kuat bagi mengelakkan mereka tercedera.

    Tip untuk membantu merias kuku

    Bagi bayi baru lahir dan anak kecil, masa terbaik untuk merias kuku mereka adalah sewaktu si manja sedang tidur. Atau, anda boleh memotong kuku mereka selepas mandi. Ini lebih mudah untuk anda membentuk kuku bayi kerana ketika itu kukunya menjadi lebih lembut. Kuku jari adalah lebih cepat panjang berbanding kuku jari kaki. Jadi, anda mungkin perlu memeriksa dan merias kuku si manja beberapa kali dalam sebulan. Bagaimanapun, anda tidak perlu merias kuku kaki bayi sebegitu kerap. Jika anda ingin merias kuku bayi semasa dia sedang berjaga, cuba untuk membuat bayi duduk diam ataupun anda boleh minta bantuan orang lain untuk memegang bayi. Selain itu, anda juga boleh mengalihkan perhatian bayi dengan cara membuka rancangan televisyen semasa anda sedang potong kuku bayi.

    Jika anda tidak sengaja tertakik hujung jari bayi, jangan menggelabah dan menyalahkan diri anda. Ini berlaku kepada ramai ibu bapa lain. Pendarahan akan terhenti selepas beberapa minit. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencuci kesan luka dengan air bersih dan balut sekeliling jari anak anda menggunakan bola kapas bagi menghentikan pendarahan. Jangan letakkan pembalut pada jari bayi anda jika kesan luka terlalu besar. Ini kerana bayi anda berkemungkinan meletakkan jari ke dalam mulut dan boleh membuatkannya tercekik. Kebanyakan doktor menyarankan ibu bapa untuk tidak menggunakan pembalut yang diletakkan cecair bagi bayi baru lahir dan bayi kecil kerana mereka mungkin akan cuba untuk menghisapnya. Jika anda tidak boleh menghentikan pendarahan, pergi ke klinik yang berdekatan untuk bantuan.

    Kesimpulannya, langkah pertama untuk merias kuku bayi adalah cuba untuk tidak panik. Anda mungkin takut jika tercederakan bayi anda, tetapi ingatlah bahawa kemalangan boleh berlaku tidak kiralah jika anda berpengalaman ataupun tidak. Jika bayi anda masih terlalu muda, anda boleh pakaikannya sarung tangan atau stoking tangan untuk mengelakkan bayi tercalar badan mereka sendiri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan