backup og meta

Hias Bilik Tidur Anak, Antara 10 Tip Mudah Untuk Pujuk Si Kecil Tidur Sendiri!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

    Hias Bilik Tidur Anak, Antara 10 Tip Mudah Untuk Pujuk Si Kecil Tidur Sendiri!

    Kadangkala, sudah penat ibu bapa hias bilik tidur anak dengan cantik namun mereka tidak mahu tidur di situ.

    Jadi, apa yang anda boleh buat untuk pujuk anak tidur di kamar mereka sendiri? Jom baca artikel ini untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Langkah mengajar anak tidur sendirian

    Anda boleh bantu anak anda untuk tidur sendirian di biliknya dengan mengikuti langkah di bawah:

    1. Persiapkan bilik tidur

    Sebelum berpisah tidur dengan anak, hiasi kamar tidur mereka dengan dekorasi yang mereka minati.

    Contohnya, jika anak anda menggemari kartun atau mempunyai warna kegemaran, anda boleh menghias bilik tersebut dengan citarasa mereka.

    Semasa hendak menghias bilik, anda boleh bertanyakan pendapat anak anda dan memberitahunya bahawa anda akan menghias bilik tidur mereka.

    Dengan cara ini, anak bukan sahaja berminat untuk tidur di ruang sendiri, malah mereka juga bersedia apabila diberitahu lebih awal supaya tidur bersendirian dalam ruang khas mereka.

    bilik tidur

    1. Pilih katil yang sesuai

    Bagi membantu anak anda rasa selesa dan biasa dengan katil dan tilam barunya, biarkannya untuk memilih warna selimut, cadar, bantal, atau rekaan biliknya.

    Anda boleh menimbangkan untuk menyediakan tilam berkembar atau katil bayi jika anak anda berusia kurang daripada tiga tahun.

    Kebanyakan ibu bapa selalu membuat peralihan tempat tidur untuk bayi mereka semasa usia tiga tahun, tetapi anda boleh bermula lebih awal jika mahu.

    Walau bagaimanapun, umur minimum untuk peralihan bilik tidur perlulah 2 tahun setengah bagi menjadikan proses lebih mudah.

    1. Jelaskan kepada anak tentang keperluan untuk berpisah tidur

    Anda perlu berterus-terang kepada anak supaya mereka tidak rasa diabaikan dan mereka akan lebih bekerjasama.

    Beritahu mereka bahawa penting untuk setiap kanak-kanak belajar tidur sendiri di kamar dan katil mereka.

    Kanak-kanak yang tidur di tempat sendiri bukan sahaja boleh berehat, malah dapat membantu mereka membesar dengan sihat dan kuat.

    1. Aktiviti sebelum tidur

    Lakukan aktiviti biasa anda dengan anak sebelum tidur seperti berborak dengannya ataupun membacakan buku cerita kepada anak.

    Berterus-terang kepada anak jika sudah sampai masa untuk mereka tidur dan anda harus kembali semula tidur di ruang anda.

    1. Buat anak anda rasa selamat

    Kanak-kanak selalunya mempunyai imaginasi luar kawalan.

    Perkara yang paling mereka takutkan semasa tidur sendiri adalah adanya raksasa di bawah katil mereka, di luar tingkap atau dalam almari.

    Berikan anak anda penyembur khas raksasa untuk menghilangkan ketakutan mereka, sekali gus membuatkan anak anda rasa selamat jika anda tiada di samping mereka.

    bilik tidur

    1. Tiada skrin sebelum tidur

    Elakkan semua peranti digital sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu tidur anak anda.

    Gangguan-gangguan seperti ini hanya akan membuatkan anak susah untuk tidur dan membuatkan mereka bertambah takut jika lambat tidur, kerana lampu sudah ditutup.

    1. Beritahu anak anda sentiasa ada dengan mereka

    Beritahu kanak-kanak, anda sentiasa mengetahui perkara yang berlaku di bilik mereka.

    Contohnya, jika anak anda terjaga dan menangis, anda akan pergi menjenguk di bilik anak bagi menenangkan mereka.

    Anda boleh letakkan alat pengawasan bayi di bilik anak-anak bagi mengetahui aktiviti mereka dan memastikan keselamatan mereka tidak kira siang atau malam.

    1. Pencahayaan bilik

    Bagi mengelakkan anak takut pada kegelapan, anda boleh nyalakan lampu di bilik tidur semasa mereka tidur.

    Lebih elok jika lampu tidur yang dipasang mempunyai kuasa laras supaya anda boleh memalapkan lampu semasa mereka sedang lena.

    bilik tidur

    1. Patuh rutin

    Ajar anak anda rutin tidur seperti anak perlu tidur pada jam 9 setiap malam.

    Kanak-kanak yang telah diajar tentang rutin lazimnya akan mudah mematuhi rutin tersebut.

    Jika anda sudah biasakan anak untuk mengikut rutin tidur, dia biasanya akan mudah mengantuk dan cepat terlena pada jam yang ditetapkan.

    Jika anda mengasingkan anak dalam bilik tidur mereka sendiri, jangan mengabaikan mereka atau terlupa sebarang rutin waktu tidur yang sering anda lakukan bersamanya semasa tidur di tempat anda.

    1. Tip lain

    Jika anak anda lebih ke arah muzik atau perlu mendengar cerita sebelum tidur, anda boleh membelikannya pita perakam.

    Ataupun, anda rakam suara anda sudah anak boleh mendengar suara anda pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

    Kebanyakan kanak-kanak akan rasa lebih selamat apabila mereka mempunyai mainan haiwan, atau anak patung untuk bermain kerana mereka percaya mainan tersebut boleh menemani dan melindungi mereka daripada raksasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan