backup og meta

Berbual Bersama Anak Remaja: Bagaimana Cara Paling Sesuai?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Berbual Bersama Anak Remaja: Bagaimana Cara Paling Sesuai?

    Sebagai ibu bapa, anda mesti memahami asam garam membesarkan anak anda mengikut peringkatnya. Umum mengetahui bahawa membesarkan anak ketika mereka sedang remaja adalah cabaran yang paling hebat kerana ketika ini anak anda bukan lagi kanak-kanak kecil tetapi bukan juga dewasa. Berbual bersama anak remaja merupakan masalah yang sering dialami oleh ibu bapa di seantero dunia. Artikel ini akan mengajarkan beberapa tip yang boleh membantu masalah komunikasi antara anda dengan anak remaja.

    Mengapa sukar untuk berbual dengan anak remaja?

    Zaman remaja berlaku seiring dengan perubahan fizikal dan mental mereka. Apabila anak anda kian melonjak usia, mereka akan mula menjarakkan diri daripada ibu bapa secara beransur-ansur. Ketika proses ini berlaku, anak remaja anda akan mengalami beberapa perubahan yang ketara, antaranya:

    • Lebih gemarkan privasi
    • Mula menunjukkan kemahuan autonomi
    • Perubahan fisiologi yang ketara
    • Mula menjadi tarikan individu lain
    • Gemar meneroka sesuatu yang baharu
    • Lebih bersikap skeptikal
    • Suka melawan

    Bagaimana untuk berbual dengan anak remaja?

  • Elakkan berleter sebaliknya gunakan teknik berbual dari hati ke hati: Anda perlu tahu sekiranya anak remaja anda tidak berbual dengan anda adalah kerana mereka tidak mahu. Perbualan memerlukan dua pihak dan berleter bukanlah penyelesaian yang terbaik.
  • Jangan gunakan perkataan yang kasar: Perbualan antara anda dengan anak remaja anda tidak akan bertahan lama sekiranya mana-mana pihak mula menggunakan perkataan yang agak kasar bertujuan untuk menunjukkan protes.
  • Hormati anak remaja anda: Setiap individu berhak untuk dihormati dan anak remaja anda juga tidak terkecuali daripadanya. Sekiranya anda melakukan ini, anak remaja anda akan lebih mudah bercakap dengan anda kerana mereka berasa mereka dihormati dan selayaknya dilayan sebegitu.
  • Nyatakan pendapat anda dengan jelas: Kajian menunjukkan ibu bapa gemar berleter dan tidak berterus terang apabila ingin bercakap dengan anak remaja mereka. Letakkan diri anda di tempat mereka untuk merasai apa yang mereka rasa apabila dileter. Oleh itu, kawal perasaan dan kata-kata anda untuk mengelakkan anda anda berasa bosan dengan anda.
  • Tingkatkan imej anda: Gaya hidup dan kelakuan anda akan mendatangkan impak terhadap apa yang anak anda fikirkan mengenai anda. Semakin anak anda meningkat usia, mereka akan mula menyedari mana yang benar dan mana yang salah. Oleh itu, anda perlu menjadikan diri anda sebagai orang yang boleh dibanggakan dan dihormati oleh anak anda.
  • Tuntasnya, ibu bapa perlu menerima kenyataan bahawa komunikasi dengan anak remaja mereka akan sampai ke hadnya apabila mereka dewasa kelak. Ini merupakan sebahagian daripada proses semulajadi yang akan membantu individu itu membesar menjadi individu yang berdikari. Walaupun anda akan merasa terluka atau kosong apabila anda sudah mula tidak berkomunikasi dengan anak remaja anda seperti waktu mereka kecil dahulu. Sebagai ibu bapa, anda perlu memberi kebebasan yang diperlukan oleh anak remaja anda asalkan anda ada di sisi mereka ketika mereka memerlukan anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan