Dalam kehidupan berumahtangga, pasangan tidak akan dapat lari daripada pelbagai jenis konflik dan masalah. Daripada konflik dan masalah itu kemudiannya akan lahir pelbagai emosi yang negatif antaranya stres, cemburu, dan kecewa sekali gus menyebabkan pemakanan tidak dijaga.
Kebanyakan individu terutamanya wanita cenderung untuk makan bagi mengubati perasaan mereka yang sedang terluka. Ini hanya akan menjejaskan berat dan bentuk badan mereka sekaligus menyebabkan pasangan mula hilang minat untuk bersama anda.
Disebabkan itu, proses ini akan berulang selagi anda masih tidak menyedari kelakuan itu akan menyebabkan kerugian kepada anda dan pasangan. Kesannya, anda berisiko untuk menajdi gemuk.
#3. Kehamilan buat suami isteri gemuk bersama
Ini merupakan punca yang sukar untuk dielakkan kerana setiap pasangan mendambakan cahaya mata yang comel untuk memeriahkan rumahtangga mereka. Ketika hamil, kebanyakan wanita cenderung untuk mempunyai selera yang tinggi atau mengidam makanan yang pelik-pelik dan tidak bernutrisi.
Bukan sahaja wanita, lelaki juga akan lebih kerap makan untuk menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh isterinya lalu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami pertambahan berat badan. Dalam erti kata yang lebih mudah, kehamilan boleh mengakibat anda dan pasangan menjadi gemuk bersama.
#4. Tidak suka akan pembaziran
Kos sara hidup kini sangat tinggi dan pembaziran adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan. Kebanyakan individu yang sudah berkeluarga sama ada sudah mempunyai anak atau belum sangat benci akan pembaziran.
Ini seterusnya menyebabkan mereka saling menghabiskan makanan sesama ahli keluarga mereka. Akibatnya, berat badan dalam kalangan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa akan menjadi gemuk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen