backup og meta

Bagaimana Menguruskan Stres Bayi Baru

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/11/2019

    Bagaimana Menguruskan Stres Bayi Baru

    Menjadi ibu bapa kali pertama boleh mendatangkan pelbagai detik indah dan gembira. Di samping kegembiraan, mempunyai seorang insan bergantung sepenuhnya pada anda turut membawa stres yang tersendiri. Ini beberapa tips untuk mengurangkan stres kehadiran seorang bayi baru:

    1. Pelan penjagaan bayi yang pintar

    Hanya bila anda mempunyai tenaga yang cukup dan sihat, anda berupaya untuk menguruskan penjagaan bayi. Meminum kopi terlalu banyak atau tidak mendapat tidur yang cukup boleh menyebabkan stres kepada pasangan ibu bapa yang baru. Cuba untuk susun pelan diet yang sihat, minum air dengan banyak dan dapatkan pengambilan buah di samping tidur yang cukup. Selain itu, aturkan jadual penjagaan bayi supaya anda, bayi anda dan pasangan anda boleh mendapat tidur yang cukup dan giliran penjagaan yang optimum.

    2. Wujudkan peraturan melawat bayi

    Selepas mendengar berita kelahiran bayi yang baru, sanak saudara dan rakan taulan tentunya ingin melawat untuk melihat tambahan baru kepada keluarga anda. Untuk mengelakkan keadaan menjadi sibuk dan memenatkan, beritahu mereka hari dan waktu yang sesuai untuk mereka melawat agar kedua-dua pihak dapat bertemu dalam keadaan yang tenang dan harmoni. Sarankan juga pelawat untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh bayi.

    3. Tetapkan masa untuk diri sendiri

    Menjaga bayi sepanjang hari boleh menyebabkan anda penat dan lesu. Untuk membantu anda ketepikan stres buat seketika, habiskan masa dalam 30 minit untuk melakukan perkara yang anda gemari seperti membaca buku, menonton rancangan TV, pergi ke spa atau membeli-belah.

    4. Kongsikan masalah dan kerisauan anda dengan pasangan

    Selepas mempunyai tambahan ahli baru dalam keluarga, masa dengan pasangan akan berkurang. Ini mempengaruhi keintiman dan hubungan romantik anda dengan pasangan. Cari masa untuk keluar berdua, pergi ke makan malam bersama atau bermanja bersama apabila anak anda telah tidur.

    5. Jangan letakkan terlalu banyak tekanan ke atas diri anda

    Kadang-kadang, stres berlaku kerana jangkaan dan sasaran yang terlalu tinggi terhadap diri sendiri. Anda mungkin perlu merehatkan diri sendiri sedikit daripada peraturan lazim di rumah. Tidak mengapa kalau permainan anak tertinggal sementara di atas lantai rumah atau anda tidak sempat bersihkan rumah.

    6. Dapatkan udara segar

    Membawa anak anda berjalan di luar rumah bukan sahaja memberi peluang anak anda untuk melihat objek-objek yang baru, tetapi anda dan anak anda juga dapat menghirup udara segar. Anda dan pasangan boleh merancang untuk berkelah di luar dan menghabiskan masa berkualiti bersama.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan