backup og meta

Bagaimana Mencegah Kanak-Kanak Daripada Makanan Ringan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2022

    Bagaimana Mencegah Kanak-Kanak Daripada Makanan Ringan?

    Membantu anak-anak anda tentang kepentingan makanan sihat adalah sangat diperlukan kerana membesar dengan amalan pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, penyakit jantung dan kanser.

    Industri makanan segera pula saban hari semakin popular. Oleh itu, terdapat beberapa petua yang anda boleh anda cuba bagi menghalang anak anda daripada mengambil makanan ringan dan menjaga kebiasaan makan yang baik.

    Letakkan kudapan berkhasiat berhampirannya

    Anda boleh membuat kudapan yang sihat di dalam peti sejuk atau kabinet supaya anak-anak anda dapat mengambilnya apabila mereka lapar. Buah-buahan, sayur-sayuran atau keropok bijirin penuh dan keju adalah pilihan yang lebih baik daripada makanan segera yang lain.

    Jangan letakkan makanan ringan di rumah

    Hadkan penggunaan makanan ringan. Anak anda tidak akan makan makanan ringan jika anda tidak membelinya. Kurangkan pembelian makanan ringan dan anak anda juga akan mengurangkan pengambilannya.

    Jangan tawar-menawar

    Jangan gunakan makanan ringan sebagai alat tawar-menawar. Anda harus memberi ganjaran kudapan berkhasiat dan bukannya makanan ringan. Kanak-kanak perlu memilih berapa banyak yang mereka makan, mendesak mereka menghabiskannya menyebabkan mereka makan terlalu banyak pada kemudian hari, terutamanya dengan hidangan besar.

    Jangan melarang

    Jangan menghalang anak anda daripada memakan makanan ringan sepenuhnya. Ini akan menyebabkan anak anda menjadi lebih tertanya-tanya tentang makanan ringan dan mereka mungkin cuba untuk memakannya dalam pelbagai cara.  Sebaliknya, anda harus mengajar mereka mengenai kesan memakan makanan ringan dan menjelaskan kepada mereka tentang kelebihan kudapan sihat secara beransur-ansur, setiap hari.

    Jadi contoh

    Anda harus menjadi contoh amalan pemakana sihat supaya anak anda mengikuti tindakan anda. Mereka boleh meniru apa yang anda makan. Oleh itu, ingat untuk mengamalkan diet yang baik dan elakkan makanan ringan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan