Mainan Manipulasi Anak Remaja Anda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Psikologi anak anda yang kian membesar mengajar mereka bagaimana untuk membuatkan anda percaya apa yang mereka mahu anda percayai dan memberikan mereka apa yang mereka mahu. Mereka juga mempunyai cara untuk mengelak dimarahi. Bagaimanakah anda menangani cara mereka memanipulasi dan membina hubungan dengan anak anda?

Dengan cara apakah anak anda memanipulasi anda?

Ibu bapa kebiasaannya mengawal anak remaja mereka. Dalam sesetengah kes, anak remaja anda akan kembali dengan taktik untuk mengalahkan ibubapa mereka.

Ini adalah beberapa manipulasi remaja:

Cinta: Untuk remaja yang sukar didekati atau mendapat pengesahan daripada ibu bapa mereka, mereka mungkin akan cuba melembutkan hati ibu dan bapa dengan mengekspresikan cinta yang berlebihan, rasa kasih sayang, atau menyenangkan hati. Untuk ibu bapa yang mempunyai masalah mendekati anak mereka, mereka mungkin akan tertipu dengan muslihat ini.

Rasa marah: Jika anak ditolak oleh ibu bapa, mereka mungkin mengekspresikan perasaan tersinggung atau tercedera. Mereka juga boleh membuatkan ibu bapa mereka merasa bersalah

Kritikan: Ibu bapa yang selalu menurut kehendak anak mereka mungkin akan diambil kesempatan. Si anak mungkin menyerang karakter ibu bapa mereka tersebut bilamana mereka tidak  dapat apa yang mereka mahukan. Ibu bapa yang penyayang mungkin menganggap mereka gagal jika tidak memenuhi kehendak mereka.

Penderitaan: Ini adalah manipulasi terhadap ibu bapa yang selalu berasa bersalah. Anak anda mungkin berpura-pura takut, sedih, atau tidak gembira untuk membuatkan ibu bapa mereka rasa bersalah.

Tidak berdaya: Remaja boleh berpura-pura untuk berputus asa atau tertekan sehingga ibu bapa yang sensitif merasa kasihan kepada mereka.

Apati: Ibu bapa yang takut disisihkan dalam hubungan mungkin ditipu anak anda. Remaja boleh berlakon seperti hubungan mereka dengan ibu bapa tidak bermakna kepada mereka.

Mengamuk: Anak remaja boleh berpura-pura menjadi gila atau mempunyai keadaan mental yang tidak stabil supaya ibu bapa mereka berhati-hati mendekati mereka dan mengikut kehendak mereka. Dalam sesetengah kes, mereka boleh mula mengugut.

Apa yang patut anda lakukan?

Untuk menghentikan manipulasi ini, ibu bapa mestilah bertegas dan konsisten, bermakna mereka perlu menolak, dan melawan daripada mengikut permainan mereka. Anda juga boleh mengawal perilaku mereka jika anda menegaskan bahawa anda tidak akan dilembutkan walau dengan apa cara sekalipun, agar mereka berhenti memanipulasi. Anda tidak patut membiarkan perasaan benci daripada mereka atau perasaan disisihkan atau perasaan lain mempengaruhi keputusan anda. Menurut doktor David Swanson, ibu bapa yang tidak tunduk kepada manipulasi anak mereka bukanlah mereka yang berhati kejam sebaliknya bertanggungjawab dan sedar apa yang baik untuk kebaikan anak mereka.

Hello Health Group tidak menawarkan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

enEnglish