Rambut setiap bayi adalah berbeza bentuk dan tekstur.
Walaupun anda mungkin disyorkan dengan syampu atau produk tertentu, namun ia mungkin tidak sesuai dengan jenis rambut anak anda.
Sebagai contoh, syampu dan perapi untuk rambut kerinting tidak sesuai dengan rambut lurus. Ini kerana disebabkan oleh bahan-bahan kandungannya berbeza.
Jadi, anda bebas melakukan penyelidikan dan mencari produk yang sesuai dengan rambut anak anda dan bukannya kekal pada satu produk sahaja.
Mencuba produk baru dalam tempoh beberapa minggu untuk mengetahui sama ada ianya bersesuaian dengan anak anda atau sebaliknya.
5. Pemakanan sihat
Pemakanan yang sihat membawa kepada rambut yang sihat, tidak mengira berapa umur anda.
Jadi, pastikan bayi anda makan banyak protein sihat seperti salmon, telur dan bayam.
Vitamin D juga diperlukan untuk rambut yang sihat, badam, lobak, aprikot dan labu harus dimasukkan ke dalam diet biasa bayi anda.
Sekiranya bayi anda masih makan makanan separuh pepejal, anda boleh memasak ramuan ini dan padankan dengan bahan lain untuk meningkatkan rasa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen