Anak Tunggal Tidak Lemah Daya Sosial

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Meskipun terdapat kebimbangan anak tunggal mungkin dimanjakan berlebihan oleh ibu bapa mereka, remaja tanpa adik-beradik sebenarnya tidak bermasalah  dalam perkembangan kemahiran sosial. Tidak mempunyai adik-beradik didapati tidak mempunyai kesan terhadap kemahiran sosial pelajar.

Saiz keluarga semakin kecil

Kebimbangan mengenai kemahiran sosial kanak-kanak telah meningkat disebabkan saiz keluarga di negara perindustrian semakin kecil. Ini bermakna bahawa lebih ramai anak membesar tanpa adik-beradik.

Sebelum ini, kanak-kanak tanpa adik-beradik dipercayai mempunyai kemahiran sosial yang lemah kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mengamalkan kemahiran tersebut dengan berinteraksi dengan adik-beradik atau saudara mereka.

Kelebihan menjadi anak tunggal

Selama bertahun-tahun, anak tunggal dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tidak berteman, gemar mengarah dan tidak pandai menyesuaikan diri. Stereotaip ini masih lagi wujud dan dipercayai.

Walau bagaimanapun, banyak kajian mencadangkan bahawa anak tunggal mempunyai keupayaan sosial dan akademik yang baik. Ini kebanyakannya kerana dalam keluarga yang besar, setiap kanak-kanak mendapat kurang tumpuan ibu bapa dan sumber pendidikan yang kurang. Orang dewasa yang merupakan anak tunggal mampu membina persahabatan dan menunjukkan ciri-ciri sosial yang sama dengan orang dewasa yang mempunyai adik beradik.  Malah, mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menguasai perbendaharaan kata yang lebih baik dan daya humor yang sofistikated kerana mereka dibesarkan dalam keluarga yang lebih ramai orang dewasa.

Walaupun anak tunggal memperoleh kelebihan dengan menjadi satu-satunya anak di dalam rumah, mereka masih mengalami kesulitan dalam kemahiran sosial tertentu. Pun begitu, jurang tersebut akan ditangani kemudian. Disebabkan kekacauan dan potensi konflik, keluarga dengan adik-beradik adalah medan kanak-kanak belajar tentang empati, belas kasihan, dan tahu bagaimana dan bila untuk mempertahankan diri. Sebaliknya anak tunggal mempunyai sedikit peluang untuk mengamalkan kemahiran sosial utama seperti rundingan dan perkongsian.

Pakar percaya bahawa anak-anak belajar bergaul dengan orang lain pada tahun-tahun antara tadika dan sekolah menengah. Kanak-kanak yang tidak mempunyai interaksi rakan sebaya di rumah dengan adik-beradik boleh mengembangkan kemahiran sosial kerana mereka menghadiri sekolah.

Bagaimana untuk menggalakkan kemahiran sosial dalam anak tunggal?

Impak terbesar terhadap pembentukan anak-anak anda adalah keibubapaan anda, bukan berapa banyak anak anda. Di sini, apa yang boleh anda lakukan untuk membantu anak tunggal anda membesar dengan jayanya:

Menggalakkan resolusi konflik yang sihat: Pendekatan ibu bapa kepada konflik adalah kunci untuk menggalakkan perkembangan kemahiran sosial mereka. Jangan mengelakkan konflik keluarga. Sebaliknya, gunakannya sebagai platform untuk rundingan, memahami emosi, dan kawalan diri. Anak tunggal boleh mendapat manfaat daripada memerhatikan cara ibu bapa menghadapi konflik kecil.

Menggalakkan hubungan dengan saudara-mara: Melalui interaksi dengan saudara-mara daripada semua peringkat umur, mereka dapat membina identiti dan mempelajari kemahiran sosial yang berharga.

Bermain dalam keluarga: Interaksi yang dibimbing ibu bapa yang berlaku semasa bermain membolehkan anak tunggal mengembangkan empati, pemahaman sosial, dan kawalan tingkah laku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 29, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut